Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Paha Ayam Bakar Gochujang

Dam Polenta

  • Bayam 60.0 g
  • Keju Ricotta 60.0 g
  • Kulit Lemon, yang diparut 15.0 g

Lapisan Polenta Kuning

  • Air 600.0 ml
  • Garam 5.0 g
  • Mentega 30.0 g
  • Cornmeal 125.0 g

Lapisan Polenta Hijau

  • Air 500.0 ml
  • Garam 1.0 sudu kecil

Menghidang

  • Keju Parmesan 30.0 g

Serikan citarasa Korea dengan menambahkan rasa gochujang yang pedas masam kepada ayam bakar anda. Hidangkan bersama keju ricotta yang masin, dan kek polenta yang berwarna-warni untuk melunakkan rasa luar biasa ini.

...

Penyediaan

  1. Paha Ayam Bakar Gochujang

    • Satukan gochujang, garam, kicap cair, Sos Tomato Itali Pronto Knorr, minyak bijan dan bawang putih dan gaul hingga sebati.
    • Masukkan separuh daripada sos perapan ini ke dalam ketulan ayam. Ramas sedikit daging ayam. Tutup dan biarkan ia memerap semalaman di dalam peti sejuk.
    • Pada keesokan hari, panaskan ketuhar pada suhu 220°C. Lapik dulang membakar dengan kerajang membakar dan letakkan paha ayam  di atasnya. 
    • Tuangkan sos perapan gochujang yang separuh lagi ke atas paha ayam. Bakar selama 30 minit, atau hingga masak sepenuhnya.
  2. Dam Polenta

    • Celur bayam di dalam periuk besar berisi air mendidih, tos dan biarkan sejuk.
    • Perah air lebihan pada bayam dan cincang kasar. Kisar bayam cincang dan keju ricotta di dalam pengisar, perisakan dengan garam dan lada hitam. 
    • Kisar hingga halus, masukkan parutan kulit lemon. Ketepikan.
  3. Lapisan Polenta Kuning

    • Masukkan semua ramuan ke dalam periuk kaldu dan didihkan. 
    • Reneh hingga menjadi pes yang pekat, kemudian tuangkan ke dalam dulang empat segi. Ketepikan dan biarkan ia menjadi sejuk.
  4. Lapisan Polenta Hijau

    • Masukkan semua ramuan, termasuk pes bayam tadi ke dalam periuk kaldu dan didihkan. 
    • Reneh hingga menjadi pes yang pekat, kemudian tuangkan ke atas lapisan polenta kuning. Ketepikan dan biarkan ia set.
  5. Menghidang

    • Bila polenta telah set, potong dan aturkan di dalam pinggan.
    • Taburkan keju parmesan.
    • Tuangkan sos terdahulu, diikuti dengan ayam bakar dengan dam polenta di tepi.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart