Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Dada Ayam

Sos Bulgogi

  • Kicap cair 3.0 sudu besar
  • Knorr Serbuk Limau Nipis 400G 1.0 sudu besar
  • Air 1.0 sudu besar
  • Gula Perang 1.5 sudu besar
  • Garlic Cloves, minced 3.0 pc
  • Grated Ginger 1.0 sudu besar
  • Knorr Campuran Sos Perang Demi-Glace 1KG 240.0 ml
  • Minyak Bijan 0.5 sudu besar
  • Tepung Jagung 1.0 sudu kecil
  • Bijian Bijan 1.0 sudu kecil

Hiasan

  • Roti Bun 3.0 pc
  • Telur Goreng 3.0 pc
  • Bawang Putih Karamel 3.0 sudu besar

Unsur-unsur sandwic yang sihat ini mengandungi roti gandum penuh, daging ayam carik Bulgogi Korea, bawang karamel dan telur mata kerbau dengan kuning telur yang meleleh bila dipotong.

...

Penyediaan

  1. Dada Ayam

    • Tenggelamkan dada ayam di dalam periuk berisi air
    • Perisakan dengan KNORR Chicken Seasoning Powder and Pepper
    • Masak hingga mendidih di atas api sederhana ke tinggi kemudian kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan ayam masak sepenuhnya selama 10 - 15 minit bergantung kepada saiz dan ketebalan.
    • Bila sudah masak, alihkan ayam, carikkan dengan garpu dan letak ke tepi.
  2. Sos Bulgogi

    • Dalam kuali besar, panaskan api hingga ke tahap sederhana. Tambahkan gula dan kacau sehingga ia bertukar menjadi karamel dan sedikit melekit. Hati-hati jangan sampai gula itu hangus.
    • Tuangkan kicap, KNORR Lime Powder, KNORR Demi Glaze, minyak bijan, bawang putih dan halia. Campurkan semua bahan hingga sekata. Jika sos terlalu cair, tambahkan campuran air dan tepung jagung. Pastikan anda mengadunnya di dalam mangkuk yang berlainan dahulu sebelum menuangkannya ke dalam sos.
    • Masukkan daging ayam yang sudah dicarik, bijan dan campurkannya dengan sos hingga bersalut penuh.
  3. Hiasan

    • Potong roti gandum penuh kepada dua bahagian dan bakar dengan ringan.
    • Letakkan carikan ayam Bulgogi di roti bahagian bawah.
    • Tambahkan ke atasnya bawang karamel dan telur mata kerbau.
    • Tutup dengan roti bahagian atas dan hidangkan.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart