Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Kentang Lecek

Inti

  • All-Purpose Flour 75.0 g
  • Susu 100.0 g
  • Garam 5.0 g
  • Lada Hitam 1.0 g
  • Bawang, dipotong dadu 50.0 g
  • Chorizo Daging Lembu 125.0 g
  • Keju Manchego, diparut 125.0 g

Kroket

  • All-Purpose Flour 200.0 g
  • Telur Ayam, dipukul 4.0 pc
  • Serbuk Roti Panko 500.0 g
  • Lada Putih 1.0 g

Sos Pencicah

Menghidang

  • Rumpai Laut (Nori) 10.0 g
  • Bijan Hitam 1.0 g
  • Bijan Putih 1.0 g

Ini adalah resipi yang mudah dimasak menggunakan sosej chorizo daging lembu Sepanyol dan keju manchego yang berperisa kekacang untuk menghasilkan hidangan bergoreng yang amat lazat bila digabungkan dengan perisa masam-pedas gochujang dan tom yam dalam mayonis berkrim.

...

Penyediaan

  1. Kentang Lecek

    • Didihkan air & masukkan garam, kemudian masukkan Empingan Kentang Knorr.
    • Putar hingga mendapat konsistensi kentang lecek yang dikehendaki. Sejukkan.
  2. Inti

    • Panaskan mentega, tumis bawang dan chorizo hingga wangi.
    • Tambahkan garam dan lada hitam dan masukkan tepung.
    • Kacau sentiasa, kemudian masukkan susu panas dan keju manchego.
    • Kacau hingga semua ramuan teradun, kemudian sejukkan.
  3. Kroket

    • Gabungkan kentang lecek dan inti dalam kuantiti yang sama. Leperkan di dalam loyang.
    • Bekukan selama 4 jam, bentukkan seperti bola ping pong. Sadur dengan tepung dan panko. Bekukan.
    • Goreng pada suhu 180°C hingga perang keemasan.
  4. Sos Pencicah

    • Campurkan mayonis, gochujang dan Pes Tom Yam Knorr, kemudian ketepikan.
  5. Menghidang

    • Sapu mayonis gochujang-tom yam ke atas pinggan, dan letakkan kroket di atasnya.
    • Tambahkan sedikit lagi mayonis di atas, hiaskan dengan nori dan campuran bijan hitam dan putih.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart