Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Doh Pasta Dakwat Sotong

  • Tepung 250.0 g
  • Susu 20.0 ml
  • Minyak Zaitun 1.0 sudu besar
  • Kuning Telur 125.0 g
  • Telur 1.0 pc
  • Dakwat Sotong

Sos Pomodoro

Inti Daging Ayam Bakar Szechuan

  • Daging Paha Ayam Tanpa Tulang 300.0 g
  • Biji Lada Szechuan 10.0 g
  • Lada Hitam 5.0 g
  • Halia, diparut 5.0 g
  • Bawang putih (dikisar) 3.0 g
  • Minyak Bijan 15.0 g
  • Garam 5.0 g
  • Minyak Sayuran, untuk mengril
  • Sos Hoisin 150.0 g

Suatu peningkatan dalam seni memasak pasta, resipi ini mencabar chef untuk membuat pasta sendiri dengan menggunakan dakwat sotong dan inti yang diperbuat daripada ramuan Cina dan Itali yang terbaik.

...

Penyediaan

  1. Doh Pasta Dakwat Sotong

    • Masukkan tepung, dakwat sotong, kuning telur dan telur ke dalam pengadun. Pasangkan dayung pengadun dan adun hingga sebati. 
    • Gabungkan telur. Buka telaga di tengah ramuan kering dan tuang masuk telur. Setkan alat pengadun pada kelajuan rendah dan adun hingga sebati. Keluarkan dayung pengadun dan gantikan dengan cangkuk doh. Uli pada kelajuan rendah selama 3 - 4 minit, atau sehingga doh menjadi kental. 
    • Bentukkan doh menjadi bebola, kemudian leperkan. Balut dengan plastik dan biarkan ia rehat di dalam peti sejuk selama 4 - 5 jam.
  2. Sos Pomodoro

    • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang merah selama 2 minit menggunakan api sederhana.
    • Tambahkan Knorr Sos Tomato Pronto Itali dan herba dan teruskan memasak selama 5 minit hingga tomato menjadi lembut. Perisakan dengan garam, lada hitam dan secubit gula.
  3. Inti Daging Ayam Bakar Szechuan

    • Tumis biji lada Szechuan dan lada hitam selama seminit hingga naik wangi di dalam kuali kecil, ketepikan dan biar sejuk.
    • Kisar biji lada tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan garam, halia, bawang putih dan minyak bijan. Gaul hingga menjadi pes.
    • Sapukan separuh daripada pes itu ke atas daging ayam dan ramas pes selebihnya ke atas keseluruhan kulit ayam.
    • Renjiskan sedikit minyak ke atas kuali gril. Letakkan ayam, bahagian kulit menghadap bawah. Gril setiap belah selama 6 minit, atau hingga masak.
    • Potong kiub daging ayam, kemudian gaulkan dengan sos hoisin. Ketepikan.
  4. Sedia untuk Menghidang

    • Potong doh pasta kepada 4 bahagian. Taburkan sedikit tepung ke atas satu bahagian doh kemudian dicanai sambil dilipat-dilipat doh tersebut menggunakan alat pencanai doh. Ulang proses ini selama satu atau dua kali, atau sehingga doh menjadi licin dan kental. 
    • Berhenti melipat doh bila ia sudah menjadi licin. Masukkan doh ke dalam mesin pasta untuk digelek hingga ke ketebalan yang dikehendaki. Taburkan sedikit tepung ke atas kepingan pasta tersebut.
    • Untuk membuat ravioli, sapukan bancuhan telur pada bahagian atas kepingan doh. Letakkan 1 sudu besar inti daging ayam bakar Szechuan setiap 5cm pada separuh daripada kepingan doh pasta.
    • Tutup dengan satu lagi kepingan pasta. Perlahan-lahan tekan keluar semua poket udara menggunakan jari dan kelim rapat.  Gunakan pemotong berputar untuk memotong setiap ravioli menjadi bentuk bulat. Pastikan ke semua bahagian dikelim ketat sebelum dimasak. Sekiranya ravioli tidak dimasak serta-merta, taburkan tepung jagung supaya ia tidak melekat sesama sendiri.
    • Masukkan garam ke dalam air, didihkan dan masukkan ravioli. Masak selama 10 - 15 minit, atau sehingga ia timbul ke atas. Guna sudip berlubang untuk keluarkan ravioli dari air rebusan. Letakkan di atas piring dan hidang bersama sos pomodoro.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart