Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Jeruk Kulit Tembikai

  • Kulit Tembikai, dipotong kiub 100.0 g
  • Knorr Serbuk Limau Nipis 400G 30.0 g
  • Air, disaring 100.0 g

Salmon Awet Ubi Bit

  • Minyak Zaitun Dara 100.0 g
  • Keju Ricotta 100.0 g

Kerepek Adas & Cara Menghidang

  • Adas 50.0 g

Citarasa Fusion Eropah: Kuntuman salmon dengan krim ricotta dan adas dengan jeruk kulit tembikai berlimau.

...

Penyediaan

  1. Jeruk Kulit Tembikai

    • Masukkan kiub kulit tembikai ke dalam pek vakum, atur elok dan tuang masuk air bancuhan Serbuk Limau Nipis Knorr.
    • Pastikan tahap vakum adalah tertinggi bila mengedap beg vakum.
    • Awet selama 24 jam di dalam peti sejuk sebelum digunakan.
  2. Salmon Awet Ubi Bit

    • Buangkan semua tulang pada daging salmon. Cuci bersih dan ketepikan.
    • Kisar semua bahan untuk Puri Ubi Bit hingga halus.
    • Masukkan daging salmon ke dalam beg vakum dan tuang masuk puri ubi bit. Kedap vakum. Simpan di dalam peti sejuk selama 24 jam.
    • Hiris salmon awet mengikut ketebalan yang anda suka.
  3. Kerepek Adas & Cara Menghidang

    • Adas dihiris nipis menggunakan mandolin.
    • Goreng hirisan adas dalam minyak sayuran hingga perang keemasan. Toskan.
    • Letakkan jeruk kulit tembikai di dalam pinggan dan tambahkan kuntuman salmon yang telah diawet dalam puri ubi bit di atasnya.
    • Tuangkan krim ricotta dan hiaskan dengan kerepek adas.
    • Hidang segera.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart