Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Asparagus Panggang dan Bawang

  • Minyak Zaitun 1.0 sudu besar
  • Mentega 2.0 sudu besar
  • Asparagus dipotong kepada kepingan 1 inci 500.0 g
  • Secubit Garam
  • Bawang Putih, dicincang halus 0.5 pc

Barli

  • Air 240.0 ml
  • Knorr Serbuk Perisa Aromat 1kg 1.0 sudu kecil
  • Pearl barley 100.0 g

Sup

  • Air 480.0 ml
  • Knorr Serbuk Perisa Aromat 1kg 2.0 sudu kecil
  • Garam dan Serbuk Lada, untuk rasa tambahan
  • Knorr Empingan Kentang 2KG 170.0 g

Hidangan

  • Kepala Asparagus bakar untuk hiasan
  • Krim Serba Guna, secukup rasa

Sediakan sup asparagus panggang untuk mereka yang inginkan makanan yang hangat dan berkhasiat! Hidangkan sup ini dengan barli dan jadikan ia menu khas untuk hari ini. Sudah pasti pelanggan anda akan datang kembali!

...

Penyediaan

  1. Asparagus Panggang dan Bawang

    • Panaskan kuali dengan minyak zaitun dan mentega. Kemudian masukkan bawang.
    • Letakkan garam untuk melembapkan bawang, kemudian masukkan asparagus.
    • Bolak balikkan ia selama 2 minit atau sehingga bawang bertukar keperangan dan asparagus bertukar warna.
    • Letakkan ke tepi dan simpan kepala asparagus untuk hiasan.
  2. Barli

    • Tuangkan secawan air ke dalam periuk.          
    • Masukkan sedikit garam dan 1 sudu teh KNORR Aromat Powder.       
    • Letakkan biji barli dan biarkan hingga mendidih. Tambahkan air jika perlu.    
    • Biarkan ia reneh selama 40 minit atau sehingga cecair diserap. Kemudian, tepikan.
  3. Sup

    • Masukkan asparagus bakar dan campuran bawang ke dalam periuk pada kepanasan sederhana.     
    • Tambahkan Empingan Kentang KNORR.
    • Tuangkan air dan biarkan ia reneh untuk 8 hingga 10 minit.       
    • Apabila sayur telah lembut, asingkan dan masuk ke dalam pengisar. (Jika pengisar anda diperbuat daripada plastik, biarkan sayur hingga sejuk sebelum menuangnya ke dalam pengisar).
    • Kisar hingga halus dan pindahkan semula  ke dalam periuk. Biarkan sup tersebut reneh dengan api yang rendah.
    • Masukkan KNORR Aromat Power, garam dan juga lada sulah sebagai perisa.   
    • Biarkan sehingga mendidih. Padamkan api.   
    • Letakkan barli dan gaulkan sekali.
  4. Hidangan

    • Tuangkan sup asparagus panggang dengan barli ke dalam mangkuk sup, taburkan barli.
    • Hiaskan dengan kepala asparagus panggang.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart