Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Kulit / Shell Tart

  • All-Purpose Flour 190.0 g
  • Kacang badam, dihancurkan 30.0 g
  • Gula Aising 60.0 g
  • Telur Ayam 40.0 g
  • Margarine 100.0 g

Inti Telur Masin

  • Knorr Serbuk Telur Masin Keemasan 800G 75.0 g
  • Santan Pekat 50.0 g
  • Garam, laut (sea) 6.0 g
  • Margarine 80.0 g

Inti Keju Leleh

  • Krim Keju 300.0 g
  • Gula Pasir 60.0 g
  • Yogurt 90.0 g
  • Mozzarella Cheese 45.0 g
  • Mentega 35.0 g
  • Putih Telur 55.0 g
  • Kuning Telur 2.0 pc

Masih mencari cara unik untuk memuaskan selera pelanggan yang inginkan perisa telur masin? Anda pasti akan jatuh hati dengan Tart Lava Keju Telur Masin ini. Resipinya mudah dan hasilnya begitu enak berlemak dengan lelehan keju & telur masin dalam setiap suapan. 

...

Penyediaan

  1. Kulit / Shell Tart

    1. Ayak tepung dan masukkan kacang badam yang telah dihancurkan.
    2. Adun marjerin dan gula aising dalam alat pengadun menggunakan pemukul dayung. Adun pada kelajuan yang rendah.
    3. Masukkan telur perlahan-lahan.
    4. Masukkan semua ramuan kering.
    5. Bila adunan mula membentuk doh, berhenti mengadun dan balut dengan filem lekap. Sejukkan selama sekurang-kurangnya 20 minit sebelum digunakan.
    6. Di atas permukaan yang telah ditabur tepung, canai doh hingga ketebalan yang sesuai, dan tekap dengan acuan pemotong bulat.
    7. Tebuk lubang pada dasar tart dengan garpu. Sejukkan selama 10 minit sebelum dibakar.
    8. Bakar kosong (blind bake) pada suhu 160°C selama 15 – 20 minit, bergantung kepada saiz acuan yang digunakan.
    9. Kulit tart perlulah dimasak sepenuhnya dan berwarna perang keemasan.
    10. Biarkan sejuk. 

  2. Inti Telur Masin

    1. Putar marjerin dan gula aising dalam alat pengadun hingga ianya ringan dan berwarna pudar.
    2. Masukkan serbuk telur masin, diikuti dengan santan dan garam.
    3. Sejukkan adunan hingga ianya lebih pejal.
    4. Bahagikan kepada 15 bebola dan sejuk bekukan hingga keras.

  3. Inti Keju Leleh

    1. Gabungkan keju krim, gula kastor, dan yogurt di dalam periuk dan masak dengan api kecil.
    2. Dengan pemukul (whisk), pukul perlahan-lahan hingga semua ramuan tadi larut. Tambahkan keju mozzarella dan mentega.
    3. Setelah larut sepenuhnya dan sebati, alihkan dari api dan masukkan putih telur.
    4. Kembalikan periuk ke atas api dan pukul hingga pekat dan halus. Jangan terlebih masak!
    5. Masukkan ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk hingga ia menjadi pejal.

  4. Cara Menghidang

    1. Panaskan ketuhar terdahulu pada suhu 230°C dengan mod gril atas.
    2. Pipe masuk sedikit inti keju ke dalam dasar tart. Atur bebola telur masin pada bahagian tengah tart dan tutup dengan inti keju leleh selebihnya. Sapukan sedikit kunig telur yang telah dipukul di atasnya.
    3. Bakar dalam ketuhar di rak teratas selama 6 minit.
    4. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.

Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart