Menu
Poin

Saya bekerja di...

Teruskan

Kandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda

Bahan-bahan

+

Fillet Ayam

Salsa Tomato

Guacamole

  • Avokado Masak 2.0 pc
  • Krim Masam 85.0 g
  • Garam dan Serbuk Lada, untuk rasa tambahan
  • Jus Lemon 1.0 sudu besar

Mashed Potato Daun Ketumbar

  • Susu 100.0 ml
  • Daun ketumbar, diracik halus 2.0 sudu besar
  • Knorr Empingan Kentang 2KG 500.0 g

Hiasan

  • Tortilla, flour 2.0 pc
  • Minyak masak 100.0 ml

Berinspirasikan taco Mexico, kami menaik taraf hidangan dengan memecahkannya ke elemen yang berwarna-warni, lazat, dan sihat. Resipi ini menjanjikan rasa yang hebat yang boleh disiapkan dengan cepat, dan masih menjadi kualiti restoran.

...

Penyediaan

  1. Fillet Ayam

    • Dalam mangkuk, masukkan serbuk paprika, jintan, garam, serbuk bawang putih, serbuk bawang merah, thyme, lada cayenne dan lada hitam untuk menghasilkan perencah.
    • Lumurkan ke semua bahagian dada ayam. Ketepikan.
    • Di atas kuali dengan haba yang ditetapkan dari kepanasan sederhana ke tinggi, masukkan minyak masak. Apabila panas, letakkan dada ayam anda dengan perencah dan biarkan ia masak selama kira-kira 6 minit setiap sisi atau sehingga daging menjadi berwarna coklat kemerah-merahan. Terbalikkan dan biarkan sisi lagi satu masak pula.
    • Potong bentuk jalur selepas membiarkan daging sebentar untuk mengekalkan jusnya.
  2. Salsa Tomato

    • Campurkan bawang merah, bawang putih, Sos Tomato Itali Pronto Knorr, tomato, daun ketumbar, gula perang dan Serbuk Limau Nipis Knorr ke dalam mangkuk. Untuk lebih pedas, tambahkan sedikit cili.
    • Dinginkan sekurang-kurangnya 2 jam selepas siap supaya semua rasa bergabung dengan sekata.
  3. Guacamole

    • Potong avokado kepada dua bahagian, gariskan isinya dengan garpu, dan korekkan keluar dengan sudu. Buang biji dan dan kulit.
    • Lenyekkan dengan garpu, tetapi jangan keterlaluan. Pastikan avokado masih berbentuk.
    • Tambah bawang, jus lemon, krim masam dan perisakan dengan garam dan lada secukup rasa. Bagi mereka yang suka guacamole pedas, tambahkan sedikit cili.
    • Tutup dengan balutan plastik agar tidak menjadi lebam. Sejukkan dalam peti ais.
  4. Mashed Potato Daun Ketumbar

    • Dalam periuk, masukkan Empingan Kentang Knorr dan susu dan kacau sehingga bergabung. Jangan sampai susu mendidih.
    • Perisakan dengan garam dan lada.
    • Masukkan daun ketumbar yang diracik.
  5. Hiasan

    • Dalam periuk, masukkan minyak masak, dan tetapkan kepanasan api dari sederhana ke tinggi. Masukkan tortilla anda dan gorengkannya hingga kuning keemasan. Tambah garam secukup rasa.
    • Di atas pinggan, letakkan sekeping tortilla goreng. Ratakan kentang lenyek daun ketumbar kepada tortilla.
    • Tambah guacamole dan dada ayam.
    • Tambahkan bahagian atas ayam dengan salsa dan taburkan bawang merah yang sudah dicincang halus.
    • Hiaskan dengan daun ketumbar.
Menu
Produk
Resipi
Promosi
Cart