Jangkaan Gaya Pemakanan Utama Bagi Tahun 2018
Daripada makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan hinggalah kepada makanan semula jadi berwarna-warni, gaya pemakanan tahun hadapan dijangka berasaskan daripada semua bahan semula jadi.
Seperti fesyen, gaya pemakanan datang dan pergi sepantas kilat. Setiap tahun, kita melihat kenaikan yang bersifat sementara ini. Ianya memberi kesan yang dapat dihindari mengikut cara kita merancang makanan kita dan juga cara kita makan. Daripada makanan kaya nutrien hinggalah kepada jus untuk detoks, gaya pemakanan moden ini tidak dinafikan telah mempengaruhi usaha orang ramai yang prihatin untuk sihat. Gaya ini dilihat berterusan hingga ke tahun 2018.
Poke bowls
Tahun ini menyaksikan peningkatan permintaan makanan istimewa Hawai ke dalam sajian tempatan. Tidak hairanlah kenapa poke bowl turut disenaraikan sebagai salah satu sajian 2018. Peningkatan permintaannya bukan sekadar peningkatan biasa. Poke bowl terus kekal popular, ini kerana kelazatan bahan-bahannya yang terdiri daripada bahan-bahan mentah, kiub ikan yang telah diperap, pelbagai jenis sayur-sayuran serta nasi.
Poke bowl seakan sushi di dalam mangkuk. Ianya mudah disediakan dengan resipi yang mudah ditukar ganti mengikut selera generasi masa kini dan pelbagai rasa untuk dipilih. Ia juga berkonsepkan makanan segera yang mudah disediakan mengikut generasi masa kini.
Makanan hibrid
Makanan hibrid merupakan makanan yang terhasil daripada dua jenis atau lebih sajian dan gabungannya menghasilkan satu sajian kulinari yang unggul. Dengan kombinasi kreatif dan pintar yang terhasil dari masa ke semasa, tidak hairanlah kenapa kebanyakan kafe tempatan menerapkan fenomena ini ke dalam kafe mereka pada tahun-tahun lalu. Daripada cronut hinggalah kepada waffogato (wafel aiskrim yang direndam di dalam kopi espreso) yang lazat, ciptaan sajian ini mengujakan penggemar makanan di mana sahaja.
Sajian berasaskan tumbuhan
Keprihatinan terhadap nutrisi dan kesejahteraan turut menjadikan sajian ini tumpuan utama di dalam industri makanan dan minuman. Pasukan International Taste Solution melihat perkembangan ini sebagai satu corak konsisten di dalam mengenengahkan amalan ini di dapur dan juga menu mereka. Ianya terbukti popular di dalam tahun 2017. Ini secara langsung meningkatkan pilihan sayuran serta pilihan sajian berasaskan sayuran di kebanyakan restoran. Para pelanggan juga perlahan-lahan turut bertukar selera ke arah sajian bebas haiwan, sejajar dengan usaha prihatin mereka untuk lebih sihat.
Tahun 2018 juga dijangka akan menyaksikan peningkatan di dalam flexitarianism, diet berasaskan sayuran dengan sajian daging sekali-sekala. Ini adalah pilihan ideal bagi pelanggan yang inginkan keseimbangan di dalam diet sayuran sepenuhnya, kerana sajian berteraskan tumbuhan adalah gaya pemakanan yang jelas menjadi ikutan pada tahun hadapan.
Makanan bertapai
Ianya mungkin kedengaran tidak menyelerakan, tetapi makanan bertapai mendapat sambutan hebat pada tahun-tahun sebelumnya. Pakar kulinari menjangkakan yang ianya akan mendapat sambutan hebat pada tahun 2018. Terdapat beberapa contoh makanan yang ditapai, bermula daripada produk tenusu seperti yogurt dan keju hinggalah kepada sayuran seperti kimchi dan jeruk.
Makanan bertapai merupakan pemangkin tenaga yang hebat, dan dalam masa yang sama ia turut mempertingkatkan sistem penghadaman dengan probiotik yang terkandung di dalamnya. Ianya juga turut mengandungi kandungan pengawet yang membantu meningkatkan tempoh hayat simpanannya, menjadikan ia mudah digunakan di dapur moden hari ini.
Pewarna yang boleh dimakan/Bunga sebagai perasa
Aliran ke arah sajian sihat di dalam industri makanan juga meningkatkan penggunaan bahan-bahan semula jadi, tetapi dihidangkan di dalam warna-warni yang memikat. Pakar kulinari menjangkakan peningkatan untuk sajian gabungan bermula daripada latte ubi bit hinggalah kepada kek keju keladi, dengan ciptaan kulinari yang lebih imaginatif berbanding sajian klasik terdahulu.
Pakar kulinari juga menjangkakan penggunaan perasa bunga akan meningkat dengan pantas tahun hadapan. Orkid, lavender dan elderflower merupakan beberapa contoh perasa, yang menjadi tambahan yang wangi untuk sajian manis seperti gelatin, shortbread dan milkshakes.
Kembali kepada Apa Yang Terbaru?
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian