6 Tip Untuk Plat Yang Sedap
Dapatkan tip-tip tentang cara menghasilkan karya seni di atas pinggan anda.
Kebiasaannya, pelanggan akan menunggu selama 15 hingga 20 minit sementara chef menyiapkan hidangan mereka. Selepas itu, staf restoran akan menuju ke meja pelanggan untuk menghidangkan makanan yang telah siap. Dan, bermulalah santapan pertama! Sentuhan seni pada hidangan boleh dilakukan dengan pelbagai cara untuk membangkitkan lagi selera pelanggan, seperti steak ataupun spageti!
Terdapat beberapa tips ringkas untuk menghasilkan seni di atas pinggan.
1. Rancang
Rancangkannya terlebih dahulu. Objektifnya adalah untuk menjadikan idea anda realistik dengan mengurangkan sisa makanan semasa proses plating. Anda boleh membuat garis atau lakaran terlebih dahulu sebelum memulakannya.
2. Pinggan
Anda boleh dapat lebih banyak pilihan dengan mencuba pinggan berbentuk segi empat, bujur atau bentuk yang lain semasa menyusun pelbagai komponen makanan. Pinggan yang besar akan memberi ruang yang banyak untuk anda gunakannya. Jangan letak terlalu banyak makanan di atas pinggan. Ruang yang kosong akan membantu untuk menyerlahkan lagi susunan hidangan anda. Jika anda ragu-ragu, lebih selamat untuk menggunakan pinggan berwarna putih.
Walaubagaimanapun, jangan takut untuk menggunakan pinggan yang bercorak ataupun berwarna-warni. Ia masih nampak hebat. Walau apa pun warna pinggan itu, pastikan ia sesuai dengan hidangan anda. Jika warna hidangan anda adalah terang, hidangkannya di atas pinggan yang berwarna gelap, seperti warna hitam. Ia akan membuatkan hidangan anda tampak lebih menyerlah.
Selain itu, anda boleh menghasilkan pelbagai tema warna dengan alas meja, pasu bunga dan tuala.
Susunan ini dianggap paling menarik sebagaimana pandangan mata akan tertarik untuk melihat warna-warna pada hidangan tersebut.
3. Suhu
Suatu perkara terperinci yang diteliti oleh pelanggan ialah pemanasan atau penyejukan pinggan yang sesuai dengan hidangan tersebut. Hal ini kerana sangat tidak sesuai untuk menghidangkan hidangan yang panas di atas pinggan yang sejuk kerana ia akan mengurangkan mutu hidangan tersebut.
4. Aturan
Letakkan elemen utama hidangan sebagai tarikan utama dan pastikan elemen-elemen yang lain tidak melindunginya. Ingat! Letakkan makanan yang lebih besar di belakang dan jangan letakkan makanan yang paling kecil di tengah-tengah pinggan.
Terdapat beberapa susunan lain yang anda boleh cuba.
- Lain dari yang lain. Elakkan simetri.
- Fikir secara vertikal. Susun dan bentukkan menara makanan.
- Tindih. Gunakan kedua-dua ruang vertikal dan horizontal.
- Renjis. Renjiskan sos-sos sebelum dihidangkan supaya bahan-bahan tidak akan memburukkan corak atau garisan sos tersebut.
Jangan lupa untuk biarkan ruang sebanyak setengah inci atau lebih di antara makanan dan sudut pinggan.
5. Hiasan
Hiasan seperti herba-herba, hirisan limau nipis atau lemon, renjisan sos, setangkai pudina, hirisan sayuran, buah-buahan seperti tomato ceri atau tomato kering adalah penambahbaikan yang sedikit sebanyak boleh menambahkan kontras dan dimensi warna pada hidangan.
Hiasan-hiasan perlulah sesuai dengan hidangan dan bahan utama. Pastikan untuk meletakkan hiasan yang tidak akan merosakkan rasa bahan utama hidangan tersebut.
6. Perasa
Letakkan perasa seperti garam, rempah, minyak cili, dan sos- sos di dalam bekas atau balang yang sesuai dan tiada kecacatan. Jika anda menggunakan bekas plastik, beli bekas yang mempunyai warna-warna biasa seperti warna perang ataupun hitam.
Kembali kepada Perniagaan Makanan 101
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian