KCFS campaign - Terms and conditions
Terma dan Syarat: Sampel Percuma untuk Kempen Knorr Professional Knorr Chicken Flavored Seasoning
• Kotak sampel percuma yang diberikan semasa kempen sampel ini hanya akan tersedia berdasarkan prinsip sementara stok masih ada/sepanjang tempoh 5 Ogos – 18 Oktober 2024 (“Tempoh Penebusan”).
• Untuk menerima sampel:
I. Peserta mesti menjadi peniaga makanan yang mengendalikan kedai/gerai
II. Peserta perlu memberikan maklumat asas seperti Nama, Nombor Telefon, Alamat Penghantaran, dan Jenis Perniagaan
III. Peserta yang tidak layak termasuk perniagaan di rumah dan bukan pemilik perniagaan
IV. Hanya tersedia kepada peserta yang tidak menerima cenderahati/kotak sampel dari Kempen Cinta Rasa Ramadan
• Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (“Unilever”) berhak untuk menolak peserta yang tidak mematuhi Terma dan Syarat ini.
• Semua sampel diberikan “sebagaimana adanya” dan tidak boleh dijual, dipindahkan, ditukar ganti, atau ditebus dengan wang tunai.
• Unilever tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan sampel yang diterima.
• Unilever berhak untuk mengubah, melanjutkan, menangguhkan, atau menghentikan kempen pengambilan sampel ini atas budi bicara tunggalnya pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
• Had keseluruhan satu penebusan sepanjang kempen pengambilan sampel ini adalah untuk satu penerima sahaja.
• Dengan mengambil bahagian dalam kempen sampel ini, peserta bersetuju untuk menerima tanpa syarat bahawa Unilever boleh menggunakan maklumat peribadi anda yang terkandung dalam program ini. Segala produk dan aktiviti baru kami, beserta komunikasi pemasaran akan dihantar untuk meningkatkan pengalaman anda dengan menggunakan produk, selaras dengan notis privasi kami. Untuk maklumat lanjut mengenai notis privasi kami, sila layari link: https://www.unilevernotices.com/privacy-notices/malaysia-english.html/ https://www.unilevernotices.com/privacy-notices/malaysia-bahasa-malaysia.html