Wadah Tumpuan MICE Global Lebih Menyeronokkan
Ketahui bagaimana untuk menyediakan juadah bufet untuk sektor MICE yang pesat membangun
Sektor MICE semakin pantas berkembang, didorong oleh pengunjung antarabangsa dan domestik yang menginginkan cita rasa serantau baharu dan sesuatu yang dekat dengan kecondongan cita rasa asal mereka – maka tersedialah beraneka juadah di meja bufet yang dapat memenuhi selera setiap orang.
Dari seberang benua atau dari negara jiran mahupun dari radius berhampiran, jutaan manusia menghadiri acara-acara MICE. Sektor tersebut bagaikan titik pertemuan yang menghimpunkan pengunjung antarabangsa, serantau dan domestik. Daripada 110 juta individu yang hadir ke ASEAN pada tahun 2014 – untuk urusan perniagaan dan hiburan – hampir separuh daripadanya datang dari negara-negara jiran.1
Dalam konteks serantau, ASEAN bekerja keras bagi membangunkan sektor MICE dan usaha tersebut kini membuahkan hasil. Kajian Ekspo Asia Pasifik MICE mendapati, industri tersebut mengalami pertumbuhan sehingga 133% di antara tahun 2008 dan 2014, malah pemerhati industri di EventNook menjangkakan peningkatan untuk tahun-tahun yang mendatang.
Ia tambah meyakinkan selepas Komuniti Ekonomi ASEAN dilancarkan pada tahun lalu, sekali gus sepakat untuk memperkasakan integrasi ekonomi merentasi blok serantau ke arah lebih baik. Ia termasuklah mempermudahkan urusan perjalanan di dalam negara-negara ASEAN, meningkatkan akses terhadap acara-acara berskala besar dan menggandakan potensi pertumbuhan sektor MICE.
Nilai keseluruhan juga dijangka akan meningkat. Di Asia, mesyuarat yang dihadiri para usahawan kebiasaannya lebih kecil berbanding di negara benua lain. Justeru, terdapat ruang untuk penambahbaikan. Bahkan, pakar industri melaporkan kepada AMEX bahawa mereka mencatatkan pertumbuhan yang pantas dalam bilangan kehadiran pada tahun 2016. Perbelanjaan untuk setiap mesyuarat juga diramal meningkat secara seiring.
Ia merupakan pasaran yang lukratif. Naib Presiden bagi Sektor Awam dan Dasar Kerajaan di firma konsultansi Frost & Sullivan, Karthik Rajan, menganggarkan pelawat yang datang atas urusan perniagaan di Thailand, berbelanja 3.5 kali sama seperti pelawat yang bertujuankan hiburan, malah hampir dua kali ganda sama untuk setiap perjalanan. Di Malaysia pula, kelompok tersebut mencatatkan 3 kali sama banyak seperti pelancong kasual,2 manakala Singapura dengan catatan 1.7 kali.
Thailand mendahului rantau ASEAN dalam kadar pertumbuhan purata di antara 5% dan 10% untuk setiap tahun dan menikmati peningkatan pelawat MICE hampir 20% dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Bagaimanapun, negara lain juga tidak kurang hebatnya. Singapura misalnya, telah menjadi hab pelbagai acara dalam kalangan negara ASEAN sejak sekian lama. Menurut Lembaga Pelancongan Singapura, negara itu telah menerima kunjungan lebih 3.5 juta pelawat berteraskan perniagaan pada tahun 2014.
Secara khususnya, acara-acara MICE dihadiri oleh jutaan tetamu antarabangsa, serantau dan tempatan, memberikan pihak hotel keseimbangan tetamu sama ada antarabangsa mahupun domestik. Biarpun tetamu asing kebiasaannya datang berbekalkan wang yang lebih banyak, layanan kepada pengunjung tempatan tetap diberi sama rata kerana mereka berpotensi tinggi untuk membentuk kelompok audiens terbesar.
Misalnya, syarikat pengurusan pelancongan, Radius Travel, menjangkakan bahawa 70 – 75% mesyuarat di dalam lingkungan Asia Pasifik diadakan secara domestik. Maka, meskipun kebanyakan data rasmi MICE menekankan kehadiran pelawat antarabangsa, ramai pelawat sebenarnya datang dari dalam negara masing-masing. Barangkali jarak perjalanan mereka tidak jauh, tetapi ekspektasi mereka juga tinggi, mungkin lebih tinggi berbanding kumpulan yang datang dari luar negara.
Para tetamu bertujuankan perniagaan itu juga sering mencari cawangan F&B yang sesuai untuk bertemu klien dan rakan kerja dengan sedikit privasi, termasuklah pilihan makanan yang sihat supaya mereka tidak perlu keluar dari hotel semata-mata untuk mencari lokasi makan malam.
Tetamu tempatan juga kebiasaannya lebih kerap untuk mengulang kunjungan, kerana ia lebih mudah bagi mereka berbanding tetamu luar negara, dan mereka juga sering menjadi tuan rumah kepada tetamu antarabangsa, maka ekspektasi terhadap makanan yang dihidangkan juga perlu berstandard tinggi.
Malah kunjungan antarabangsa juga tidaklah datang dari tempat yang begitu jauh, dan kebanyakannya berlangsung dalam lingkungan serantau. Berdasarkan Laporan Pertubuhan Pelancongan Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) 2015, hampir 80% pelawat datangnya dari negara-negara jiran. Maka, mengekalkan menu bersifat lokal di meja bufet pasti menjadi strategi yang menyumbangkan kejayaan kepada pihak hotel.
Tidak ketinggalan, jutaan tetamu MICE merupakan individu yang mengharapkan layanan yang bersifat lebih peribadi.
Ia membantu untuk mengenal pasti tetamu dari negara mana yang paling ramai membuat kunjungan memandangkan gaya perjalanan berbeza untuk setiap warganegara. Terdapat satu tinjauan mendapati, tetamu bertujuan kerja dari China dan Indonesia mementingkan penghormatan yang lebih diberikan kepada mereka. Tetamu Singapura pula mengutamakan keselesaan tetapi cermat dalam perbelanjaan. Justeru, adalah sangat penting bagi mengenal pasti kelompok sasaran di sebalik setiap trend.3
Bagaimanapun, masih terdapat persamaan dalam kalangan para pelawat yang berbeza geografik tersebut. Berdasarkan laporan Maklumat Hospitaliti Benchmark, selepas tahun-tahun yang menyaksikan kepekaan orang terhadap nilai perbelanjaan baru-baru ini, kecenderungan cita rasa terhadap kemewahan telah menyaksikan peningkatan, seiring dengan jumlah pelawat yang berkunjung bagi menghadiri mesyurarat. Mereka lebih menghargai kesederhanaan di dalam bilik hotel dalam membantu mereka bekerja dengan lebih efisien.
Destinasi, resort dan hotel yang berupaya menggabungkan bisnes dan hiburan serta menawarkan lebih banyak rekreasi, dengan persekitaran untuk bekerja yang santai, pasti meraih keuntungan yang memberangsangkan.
Kembali kepada Di Bawah Topi Chef
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian