7 makanan tahun baru Cina pembawa Tuah
Mulakan tahun baru Cina dengan idea resipi yang menarik
Selepas tradisi bertukar-tukar hadiah sempena Krismas, kini tibalah pula musim tahun baru Cina, di mana ramai keluarga berbangsa Cina akan menyambut permulaan tahun baru berdasarkan kitaran bulan.
Sungguh pun semakin kurang orang memakai pakaian tradisional Cina sewaktu iarah-menziarahi, tradisi memberikan dua biji limau berserta angpau masih dikekalkan. Malah, masih banyak lagi tradisi yang dipraktikkan hingga ke hari ini terutamanya di musim tahun baru Cina dianggap sebagai pembawa tuah.
Selain angpau dan limau, salah satu makanan yang penting pada musim tahun baru Cina sudah pastilah makan besar tahun baru Cina. Ahli-ahli keluarga akan keluar untuk makan jamuan bersama-sama dengan mereka yang tersayang.
Kami senaraikan di sini beberapa makanan tradisional Cina yang anda boleh pertimbangkan untuk ditambah ke dalam menu tahun baru Cina anda:
1. Ikan Panggang bersama Sos Buah Keras: Ikan pembawa tuah
Secara tradisionalnya, istilah ikan dalam bahasa Cina berbunyi sama dengan perkataan ‘berlebihan’. Ikan dipercayai mampu meningkatkan kesejahteraan. Malah, memakan ikan yang berlainan jenis juga membawa makna tuah yang berbeza bagi setiap bunyi suku katanya.
Aksara pertama bagi ikan Kap Crucian berbunyi hampir sama dengan kata ‘bertuah’, maka memakan Kap Crucian dianggap sebagai pembawa tuah bagi tahun yang mendatang.
Selain daripada itu, ikan itu sendiri kaya dengan khasiat protein dan Omega-3, yang membekalkan manfaat berganda yang sihat dan lazat.
Panggang ikan sehingga perang keemasan dan tuangkan sos buah keras dengan banyak ke atasnya. Sajian lazat ini boleh dihidangkan bersama nasi kukus, tauhu Jepun dan potongan lemon untuk hiasan.
2. Aneka Ladu: Ladu yang menjemput tuah
Ladu sering dikaitkan dengan wang dan kemewahan kerana rupanya yang kelihatan seperti jongkong perak. Ada juga yang percaya bahawa memakan lebih banyak ladu pada tahun baru Cina, lebih banyak wang yang akan diperolehi di masa depan.
Selain daripada inti tradisional yang terdiri daripada daging cincang dan sayuran yang dipotong halus, anda juga boleh mencuba perasa yang lebih eksotik seperti keju petani dengan perisa Cina, taucu dan lada Sichuan. Hidangkan bersama sos pencicah yang berlainan untuk rasa sensasi yang berbeza.
3. Kuih Bakul: Capai tahap lebih tinggi dengan Kuih Tradisi Cina
Nian Gao atau kek beras pulut yang manis adalah kuih tradisional Cina ketika tahun baru Cina kerana ia melambangkan kenaikan baru bagi tahun yang mendatang, sama ada dari segi kerjaya, pelajaran dan lain-lain.
Secara tradisinya, ia adalah pemanis mulut yang diperbuat daripada beras pulut bersama gula, buah berangan, kurma Cina dan daun Teratai. Namun, tukang masak kini menjadi semakin inovatif dan mula menyediakannya dalam pelbagai cara; anda boleh pilih untuk menambah kelapa parut, digoreng bersama adunan atau disapu dengan sos coklat.
Jika anda mahu kekalkan sentuhan tradisi, hidangkannya bersama segelas teh manis.
4. Itik 8 Inti: Limpahan rezeki bagi tahun mendatang dengan 8 bahan istimewa
Ia adalah satu sajian yang membawa kebahagiaan. Sejenis sajian biasa yang dihidangkan untuk waktu makan tengahari atau jamuan makan malam dan dikongsi bersama seluruh meja, sajian Itik 8 Inti ini melambangkan tuah yang baik dengan limpahan rezeki.
Seperti namanya, ia didatangkan bersama lapan jenis inti dan anda boleh meneroka dan mencipta rasa sensasi sendiri dengan bahan-bahan seperti daging ayam tanpa lemak, barli, kekacang gingko, buah berangan kering, biji Teratai, kulit limau mandarin kering, cendawan shiitake, halia dan banyak lagi.
5. Udang Serbuk Cornflake: Masa depan yang dipenuhi kebahagiaan
Sajian enak ini menaikkan rasa bahagia dan gembira. Cara terbaik menyediakan udang ini adalah dengan menggorengnya dengan minyak masak berserta bawang putih dicincang, daun hijau dan sedikit serbuk telur masin.
Jika anda mahu tambahkan lagi stail, tuangkan sedikit mentega susu di atasnya. Kombinasi serbuk telur masin dengan mentega susu menjadikan ianya sajian yang sempurna bersama roti mantou, namun buatlah mengikut selera anda sendiri.
Knorr Serbuk Telur Masin Keemasan 800G
Menyediakan hidangan telur masin dalam satu langkah.
Ketahui lebih lanjut6. Bebola Bijan dengan Aneka Inti: Menjemput tuah datang
Memakan bebola bijan goreng dikatakan dapat membantu meningkatkan tuah anda. Makanan ringan tradisional tahun baru Cina yang enak ini berbentuk bulat dan berwarna keemasan apabila digoreng, lalu ia mewakili tuah. Secara tradisional, bebola doh ini digoreng dalam minyak masak, berintikan pes kacang merah dan disaluti biji bijan. Ia dianggap sebagai makanan istimewa di Malaysia.
Selain kacang merah, pandan, kaya dan coklat juga boleh digunakan sebagai inti untuk bebola bijan ini. Jika anda mahukan rasa tempatan, sambal belacan juga boleh digunakan sebagai ganti untuk rasa pedas yang ‘kick’. Makanan ringan bersaiz kecil ini amat sesuai dinikmati bersama secawan kopi atau teh panas.
7. Popiah: Menjemput tuah datang
Secara tradisinya, popiah dinikmati sewaktu perayaan musim bunga, seperti namanya. Namun, kini ia juga menjadi sajian popular bagi tahun baru Cina di wilayah timur China seperti Jiangxi, Jiangsu, Shanghai, Fujian, Guangzhou, Shenzhen dan Hong Kong.
Bagi mereka yang berketurunan Kantonis, popiah adalah sebahagian daripada sajian dim sum. Bagi kebanyakan orang, sajian ini melambangkan kemewahan. Ini adalah kerana, popiah menyerupai jongkong emas.
Popiah adalah gulungan berbentuk silinder berintikan sayur-sayuran, daging atau bahan-bahan yang manis. Silalah cuba meneroka inti yang berbeza. Terasnya digulung bersama kulit pastri nipis dan digoreng sehingga warnanya bertukar perang keemasan.
Setelah anda mendapat sedikit idea tentang sajian yang hendak ditambah ke dalam menu makan besar tahun baru Cina, lihatlah pula beberapa produk yang boleh membantu menjadikan proses memasak lebih pantas di dapur, yang ideal bagi musim perayaan yang sibuk.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian