Berikan Sentuhan Sajian Gabungan Pada Menu Bufet CNY Anda
Semarakkan musim perayaan dengan sentuhan sajian gabungan untuk hidangan bufet anda.
Selamat pergi pada yang lama, selamat datang pada yang baharu. Pada Tahun Baharu Cina ini, cipta semula tradisi dengan pemilihan sajian gabungan yang lazat untuk rasa serba baharu. Caranya adalah dengan pemisahan bersahaja rasa Oriental dengan sedikit gabungan yang bukan sahaja menarik warga tempatan bahkan juga tetamu antarabangsa.
Kita mulakan dengan sup. Kegemaran klasik seperti Sup Ikan Maw dan Sup Khazanah Laut adalah sajian biasa untuk musim perayaan ini. Asingkan sajian konvensional dan hidangkan sajian lazat lain seperti Sup Ayam Kelapa Dimasak Dua Kali dan Sup Ayam Kari Telur Masin – kedua-duanya merupakan pilihan alternatif yang kaya dengan pelbagai rasa dan membangkitkan pengalaman seperti mana menikmati masakan di rumah.
Yu Shang, sajian yang tidak boleh diganti untuk jamuan pertemuan semula adalah sajian wajib untuk perayaan ini. Yu Shang gaya Jepun yang menggunakan tuna, hirisan pic dan rumpai laut Jepun merupakan pilihan yang hebat; selain itu versi salad bersama buah juga merupakan idea yang menyegarkan.
Bagi sajian utama, ia memerlukan imaginasi dan tangan yang mahir untuk menggabungkan pelbagai perisa agar menjadi sajian yang lazat. Pilihan gabungan inovatif seperti Mi Umur Panjang Inspirasi Thai, Ikan Siakap Stim Dengan Sos Lemon, Ayam Sumbat Panggang Dengan Kacang Berangan pastinya menjadi kegemaran ramai, memandangkan rupanya yang menyelerakan dan tidak terlalu jauh berbeza berbanding versi tradisional.
Bagi desert pula, terdapat begitu banyak pilihan sebagai inspirasi. Daripada Jeli Strawberi dengan Puri Labu, Kek Pulut Dengan Badam Kelapa hinggalah kepada Ubi Keledek Tang Yuan, pilihan yang sungguh menyelerakan ini menjadi penanda berakhirnya majlis dengan kemanisan yang menjadi kenangan.
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian