Satu perjalanan yang penuh dengan inspirasi di pasar Gwangjang, pasar tertua di Seoul untuk mencari ketam biru yang diperap dalam kicap soya, ketam-ketam kecil dalam sos lada merah, kimchi kobis, kimchi timun segar, kimchi lobak, dan juga yukhoe, iaitu stik tartar Korea. Hampir mirip seperti stik tartar Perancis, stik tartar Korea diperap dengan kicap soya, gula, garam, minyak bijan, daun bawang, bawang putih cincang, biji bijan, lada hitam dan hirisan julienne pir Korea. Ia disajikan dengan telur mentah diatasnya.