Barbeku korea terdiri daripada potongan daging yang nipis, seperti daging patang pinang (tenderloin), rusuk (flank), daging dada (brisket) atau mata tulang rusuk (rib-eye) yang dipanggang di atas gas atau gril arang. Daging yang dipanggang ini sering diiringi dengan bawang putih mentah dalam minyak bijan, sos pedas dan hirisan daun bawang. Semua bahan ini kemudiannya dibalut dalam daun salad untuk dinikmati.