Kelapa adalah makanan ruji dalam masakan Vietnam. Air kelapa digunakan untuk menumis-reneh, potongan-potongan besar kepala parut digunakan sebagai hiasan, dan santan digunakan untuk kari dan puding manis. Kelapa juga digunakan dalam minuman seperti chè, iaitu minuman sejuk yang mengandungi kacang berwarna-warni, biji teratai, buah-buahan segar dan banyak ais; minuman sejuk yang bagus untuk hari yang panas. Lebih segar kelapanya, lebih bagus hasilnya!