Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Terokai kepelbagaian rasa Tahun Baru Cina dengan hidangan tradisional Baba-Nyonya
Perayaan Tahun Baru Cina adalah tradisi yang diraikan oleh pelbagai budaya termasuklah komuniti Peranakan. Ia adalah warisan unik yang kaya dengan rasa masakan tersendiri, turut dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Asia Tenggara. Kini tiba masa untuk membantu anda menyeru kesejahteraan tetamu dengan meneroka inspirasi hidangan Peranakan pada Tahun Baru yang bakal menjelang.
Resipi sajian ini mudah disediakan namun ia memberikan sensasi campuran rasa yang dibangkitkan oleh tusukan masam asam jawa dan diseimbangkan sempurna dengan kemanisan udang segar. Serlahkan kreativiti anda dengan haruman tumis campuran cili, bawang dan daun kari untuk hasil rasa yang pasti menjilat jari.
Ada banyak versi sajian kegemaran ramai ini dan dalam versi Nyonya ia turut dikenali sebagai Itik Tim. Keunikannya yang menggunakan rempah lengkuas memberikan rasa istimewa. Anda boleh cuba tambahkan ramuan lain seperti buah pala atau asam jawa, plum mengikut cita rasa sendiri, mustard hijau dan cili untuk rasa hebat terangkat.
Sajian lazim Peranakan ini adalah hasil campuran ramuan eksotik yang dibangkitkan oleh taucu, gula melaka, bunga lawang dan kulit kayu manis. Gandingan ramuan ini memberikan ledakan rasa masin dan manis buat deria rasa anda. Serta tambahan kepingan tauhu yang menyerap kuah, mewah dengan nikmat dalam setiap gigitan. Sempurnakan hidangan dengan nasi putih dan sambal belacan.
Salad ini boleh dijadikan sebagai hidangan sampingan atau menu utama. Gaulkan bahan utama iaitu timun dan nanas dengan sos yang dicampur pes cili, udang kering, belacan, garam dan kacang kisar mengikut cita rasa sendiri. Ia adalah kombinasi rasa pedas menyegarkan dan sedikit rasa mewah kacang dan disempurnakan dengan kemanisan karamel.
Turut dikenali sebagai Kuih Sarlat, ia diperbuat daripada pulut dan kacang mata hitam yang dilengkapi lapisan kastard kelapa dan telur kukus. Penyediaan kuih ini memerlukan kesabaran namun hasilnya sangat berbaloi. Warna biru pada pulut boleh didapati daripada bunga telang kering, tetapi anda bebas memilih pewarna lain mengikut kreativiti sendiri untuk warna kastard.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.