Jamuan Selera Krismas Cara Asia
Pikat tetamu anda dengan hidangan Krismas inspirasi Asia yang pasti turut digemari Santa!
Kacang Berempah
Buka selera tetamu anda dengan kacang berempah. Gunakan kacang pilihan anda seperti kacang pecan atau badam dan mulakan dengan menyira bersama gula perang. Tuangkan sira gula meliputi kacang dalam mangkuk dan gaul sebati bersama sedikit rempah tempatan seperti kepingan cili, daun kari dan serbuk paprika. Tetamu pasti nak lagi dan lagi untuk menikmati gabungan rasa rangup, masin dan manis.
Pai Kisar Thai Pedas
Pai kisar secara tradisional diketahui sebagai masin dan seterusnya ia berkembang ke pai jenis manisan yang diperbuat daripada buah dan rempah. Gantikan rasa manis dengan daging kisar selera Asia seperti ayam kisar selasih yang pedas. Tumis potongan cili, daun selasih dan ayam kisar dalam kicap soya dan masukkan ke dalam pastri. Bakar pai sehingga berwarna coklat keemasan dan hidang.
Rusuk Daging Panggang bersama Salsa Tropika
Sementara menanti rusuk daging siap dipanggang dalam ketuhar, sediakan sos salsa ala tropika anda. Sos buah ringkas ini adalah padanan sempurna yang memberikan keseimbangan rasa hidangan berat. Campurkan nanas, tembikai, timun, mangga dan cili yang dipotong dadu bersama sedikit Serbuk Limau Nipis Knorr. Taburkan daun ketumbar segar di atasnya. Cara lain untuk menikmati hidangan ini ialah dengan balutan daging; carik daging panggang dan letakkan pada lempeng gandum bersama salsa tropika.
Sayur Gratin Asia
Sajian yang mudah disediakan ini menggunakan sayuran bunga kobis, brokoli, lada benggala merah, cendawan shiitake, lobak merah, bawang merah dan kentang. Taburkan sedikit garam dan minyak zaitun pada campuran tersebut. Sebelum hidang, lengkapkan dengan biji bijan dan minyak bijan untuk aura ketimuran. Hidangan ini boleh dijadikan sebagai menu utama atau sajian sampingan.
Puding Gingerbread
Sama seperti puding roti biasa, resipi ini ditambahkan pula dengan halia dan kayu manis untuk rasa Krismas cara Asia. Masukkan halia kisar ke dalam adunan roti untuk rasa pedas yang lebih terangkat. Kecapi cita rasa tempatan dengan menghidangkannya bersama aising atau sira gula melaka dan ais krim di sisi.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian