Hidangan yang sesuai untuk setiap perayaan Barat
Apa yang sesuai untuk makan malam perayaan barat? Temui di sini apa yang membuat setiap darinya unik dan digemari.
Makan Malam Perayaan
Cuti biasanya dipenuhi dengan sesi makan. Walaupun perayaan adalah mengenai hubungan sesama manusia juga tetapi entah bagaimana, idea menyambut perayaan tanpa makanan dan minuman adalah agak tidak masuk akal. Oleh itu, apabila anda mengambil dua cuti terbesar di dunia Barat dan meletakkan sekumpulan orang bersama-sama, anda tahu anda akan makan besar. Berikut adalah panduan untuk menyediakan makan malam Hari Kesyukuran dan Hari Natal yang sukar dilupakan.
Hari Kesyukuran
Pertama sekali, anda harus sedar bahawa Hari Kesyukuran adalah tentang burung. Ia bukanlah burung biasa, tetapi sejenis ayam istimewa – ayam belanda.
Untuk makan malam Hari Kesyukuran yang berjaya, pertama sekali anda perlu tahu bagaimana untuk membuang leher dan organ-organ dalaman ayam belanda seperti jantung, hati dan hempedal. Sebaik sahaja anda telah berjaya melakukannya, perisakan semahunya di bahagian dalam dan luar dengan garam dan lada hitam. Jika anda memilih untuk menggaram ayam belanda anda itu maka anda perlu biarkan selama kira-kira satu jam bagi setiap paun ayam belanda.
Menyiapkan sarak adalah komponen utama dalam menjayakan hidangan anda. Pada dasarnya campuran yang berkanji dibuat daripada ketulan roti, sayur-sayuran yang dimasak, herba dan cebisan daging. Sarak harus diisi melalui leher dan rongga badan ayam belanda itu. Dari situ, ikat ayam belanda itu dan letakkan ke dulang pembakar sebelum membiarkannya di dalam ketuhar untuk masak dengan sempurna.
Sebuah makan malam Hari Kesyukuran tidak akan lengkap tanpa makanan sampingan. Sos kranberi, kentang lecek dan kentang panggang, jagung, kacang hijau, buah beri, labu, roti jagung dan roti rol adalah hidangan tetap di meja makan.
Hari Natal
Hari Natal ialah di mana semua orang akan berkumpul dan menikmati masa bernilai bersama keluarga dan sahabat handai dan menghidangkan makanan yang hebat adalah salah satu cara meluahkan kasih sayang.
Tidak sukar untuk menyiapkan hidangan hari Natal yang baik. Bergantung kepada pelbagai budaya Barat, terdapat banyak cara untuk menyiapkannya. Komponen utama makan malam biasanya adalah makanan yang berdaging dan besar – seperti ham paha khinzir dengan sos epal dan daging batang pinang panggang dengan sos perang.
Kadang-kadang, ayam belanda dan daging khinzir panggang menjadi pilihan. Dan sudah tentu dengan makanan sampingan wajib hari Natal; pucuk brussel, kacang pea, lobak merah, parsnip, kentang dan sayur-sayuran panggang yang memberikan gaya Hari Natal klasik .
Jika anda sedang mencari beberapa makanan pembuka selera yang baik, pate, terrine atau pilihan pelbagai keju adalah makanan pemanas yang paling sesuai sebelum anda berpesta makan dengan serius, juga hiruplah beberapa egnog atau makan beberapa puding hari Natal untuk menyemarakkan lagi semangat.
Jangan lupa simpan baki makanan untuk keesokkannya – ada banyak cara untuk menggunakan lebihan ayam belanda sebagai makanan tengah hari pada Hari Boxing.
Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian