5 Cara Menjadikan Perayaan Hari Natal Lebih Meriah
Mulakan semangat untuk keraian dengan idea-idea meriah yang pastinya akan membuat tetamu anda berkata ho-ho-hooray!
Krismas merupakan masa untuk saling memberi hadiah…dan berpesta dengan riang!
Orang ramai menyambutnya pada hujung tahun dan pada waktu inilah mereka akan keluar untuk makan bersama-sama. Terdapat beberapa tips untuk membantu anda dalam memberikan pengalaman Krismas yang sempurna kepada pelanggan anda.
1. Dekorasi Unik
Susunkan barang-barang dekorasi di rak-rak, dinding-dinding dan pintu-pintu untuk mengekspresikan lagi kreativiti pada waktu cuti. Susun atur restoran anda perlu diberi perhatian yang utama dan pastikan tiada halangan untuk pelanggan masuk dan keluar, mahupun untuk bergerak dari satu ruang ke ruang yang lain. Restoran anda memerlukan barang perhiasan yang cantik, pokok Krismas dan perkakas yang mempunyai sentuhan Krismas, selagi mana ianya adalah faktor unik dan menarik untuk perayaan ini.
2. Layanan kepada pembeli
Jika restoran atau kafe anda berhampiran atau di dalam pusat membeli belah, anda boleh memperkenalkan snek yang mudah untuk dimakan semasa membeli belah. Pastikan anda iklankan snek-snek tersebut supaya sesiapa sahaja yang lalu di situ akan nampak dan ingin membelinya. Anda juga boleh gunakan peluang ini untuk memberitahu pelanggan berpotensi tentang menu Krismas, tawaran istimewa dan juga pelbagai aktiviti menarik.
3. Menu - biasa atau luar biasa?
Menu yang biasa untuk makan malam adalah ayam belanda panggang dan juga puding Krismas. Menu yang luar biasa pula adalah yang mempunyai gabungan pelbagai citarasa. Contohnya, kari Krismas atau Wellington ayam belanda.
Anda boleh menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang berbeza untuk dihidangkan kepada sekumpulan orang ramai yang terdiri daripada pekerja pejabat dan juga keluarga. Anda juga boleh menitikberatkan keperluan diet yang spesifik seperti diet Paleo, bebas gluten dan bebas daging.
Melabur sejumlah kos dalam sesi penggambaran untuk menu Krismas supaya ia nampak lebih meriah dan menonjol. Krismas merupakan masa yang terbaik untuk menawarkan minuman sebelum dan selepas makan malam. Contohnya, mulled cider dan eggnog.
4. Persediaan staf anda
Pastikan staf anda sentiasa bersedia dan boleh menguruskan tempahan yang banyak. Kualiti servis perlulah konsisten sepanjang tahun walaupun bukan pada hari Krismas. Jika pelanggan anda sukakan servis anda ketika waktu yang sangat sibuk, mereka akan beritahu pada keluarga dan rakan-rakan yang lain tentang servis terbaik itu.
5. Krismas di atas pinggan
Setiap pinggan merupakan kanvas yang kosong. Biarkan ia memberi inspirasi untuk “hidangan hari cuti” istimewa restoran anda. Tambahkan sentuhan seni untuk kanak-kanak juga! Paparan visual Krismas yang meriah boleh membuatkan ia ‘trending’ di media sosial.
Selain itu, meja pencuci mulut yang bertemakan Krismas dengan jalur-jalur dan pusaran boleh menambahkan keceriaan di restoran atau kafe anda.
6. Aktiviti perayaan selepas akhir tahun
Selepas aktiviti perayaan akhir tahun, kebanyakan pelanggan akan lebih gemar dalam mengurangkan bajet mereka untuk makanan. Tawarkan ‘Tawaran Januari Istimewa & Berbaloi’ untuk memberi kegembiraan pada mereka dan agar restoran anda sentiasa mendapat kunjungan pelanggan.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian