3 Hidangan Penghantaran Makanan Yang Paling Kerap Dipesan
Ketahui hidangan penghantaran makanan paling popular daripada GrabFood, dan bagaimana untuk membuatnya dengan lebih baik.
Menawarkan hidangan popular kegemaran pelanggan boleh membantu menarik perhatian pelanggan baharu dan memberi pendedahan yang lebih meluas kepada bisnes anda. Dengan menggunakan data daripada Grabfood kami menemui 3 hidangan yang paling dikehendaki di platform tersebut termasuk maklumat dan tip bagaimana untuk memperhebatkan resipi anda dengan sentuhan istimewa.
Burger
Burger biasanya dipadankan dengan kentang goreng atau hidangan sampingan yang lain. Untuk mempertingkatkannya, cuba tawarkan sisi variasi unik dan imaginatif menggunakan bahan trend terkini untuk menarik perhatian bakal pelanggan.
Apa kata anda manfaatkan populariti terkini dan tawarkan kentang goreng anda dengan "sprinkle" Knorr Pasti Sedap?
Kegemaran Tempatan
Ada satu perkara yang lebih mengujakan selain membuka bungkusan makanan kegemaran : bila ia dihantar terus ke pintu rumah!
Hidangan seperti nasi lemak, nasi ayam dan mi goreng sangat sesuai untuk pembungkusan makanan kerana ia biasanya dibalut dengan daun pisang atau kertas bungkusan. Untuk memberi sentuhan baharu ke hidangan klasik apa kata anda tawarkan Pasta Tom Yam untuk mengagumkan pelanggan anda?
Ayam Goreng
Daripada madu berbijan sehingga ke gaya Korea, pelanggan sangat menyukai semua jenis ayam goreng. Apabila disediakan dengan baik dan berperisa cukup, ayam goreng yang enak adalah hidangan malar segar yang menjilat jari.
Kekalkan kesegaran pilihan ayam anda dengan menawarkan kepelbagaian yang menarik seperti Ayam Marmite dan Ayam Mustard Bermadu.
Resepi berkaitan
Produk Berkenaan (10)
Produk tambah ke beg
Produk tidak boleh ditambah ke beg
Produk dikeluarkan dari beg
Produk tidak boleh dikeluarkan dari beg
- Sahkan
- atau
- Pergi ke beg
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian