Pasar-pasar terbuka Hong Kong menjual produk-produk seperti ikan, daging, sayur-sayuran segar, dan itik kering. Itik kering Peking disediakan secara tradisional pada setiap musim sejuk apabila bulu-bulu itik dipetik, perutnya dikeluarkan dan badan itik dileperkan dengan batang buluh melalui perut itik. Lada hitam dan garam digunakan sebagai perasa untuk itik ini yang kemudiannya digantung untuk proses pengeringan di koridor yang berangin.