Hadiah Makanan Krismas
Perut kenyang, hati senang dengan idea hadiah Hari Natal yang lazat memikat!
Musim memberi hadiah hampir tiba, inilah masanya untuk membeli-belah sempena Krismas. Pamerkan kasih dan penghargaan anda di musim perayaan ini dengan alternatif menarik iaitu hadiah berunsurkan makanan supaya anda tidak lagi perlu sibuk bersesak dengan orang ramai di pusat membeli belah untuk mencari hadiah. Berikut adalah cadangan hadiah makanan untuk mengukir senyuman dan rasa mesra buat si penerima yang boleh anda terokai.
Jem Buatan Sendiri
Jem buatan sendiri adalah ringkas tetapi ia boleh menjadi hadiah Krismas yang bermakna. Terdapat aneka pilihan perisa termasuklah kranberi, strawberi, delima juga kulit limau (marmalade) yang boleh anda gunakan sebagai asas jem. Para tetamu boleh menikmati jem perayaan ini bersama pastri dan roti kegemarannya. Anda boleh tambah sentuhan peribadi dengan hiasan dan aksesori Krismas yang kreatif.
Biskut Gingerbread
Biskut gingerbread yang memikat adalah hidangan wajib Hari Krismas. Ia boleh digunakan untuk menarik hati dan membangkitkan daya imaginasi para tetamu. Bentukkan asas biskut ke dalam sebarang bentuk dan saiz acuan mengikut cita rasa anda seperti loceng, orang salji, daun dedalu, kabin kayu, pokok Krismas dan lain-lain. Tambahkan sentuhan sos coklat, “marshmallow” cair atau coklat hiasan warna-warni untuk rasa menakjubkan buat para tetamu.
Biskut Jigsaw
Bangkitkan suasana Krismas dengan hadiah makanan meriangkan sambil bermain susun suai gambar, biskut jigsaw! Anda boleh mereka bentuk biskut berlainan dan jika mahukan lebih cabaran cubalah adunan perisa berlainan untuk setiap cebisan seperti coklat, halia, mil oat, vanila dan Red Velvet. Sempurnakan hidangan bersama aneka celupan seperti madu, sos kranberi atau keju krim agar deria rasa tetamu anda dapat menikmati kemeriahan Krismas.
Balang Biskut Glob Salji
Glob salji dan biskut adalah hadiah Krismas yang menjadi kebiasaan. Gabungan kedua-duanya menghasilkan hadiah yang sangat unik, balang biskut glob salji! Sediakan bermacam-macam perisa dan sesuaikan setiap perisa dengan tema alam fantasi musim sejuk tersendiri. Setelah selesai, balang tersebut boleh diguna semula atau dijadikan dekorasi Krismas.
Candy Canes
Semestinya menarik perhatian penggemar manisan dengan gula-gula tradisional Krismas, candy cane. Nanti dulu, ia lebih daripada jangkaan. Selain rasa biasa pudina segar, cubalah terokai perisa luar biasa seperti gingerbread berkacang, plum dan coklat. Manisan sempurna selepas hidangan berat dan juga boleh dijadikan dekorasi perayaan di rumah.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian