Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Biskut kegemaran semua peringkat umur, dari dahulu hinggalah sekarang.
Tidak sempurna meraikan bulan yang mulia tanpa mengamalkan budaya memberi. Biskut adalah salah satu pilihan yang popular, yang sering dihidangkan ketika rumah terbuka dan ketika berziarah. Biskut merupakan snek ringan yang sangat sempurna sebagai hadiah ketika menjalinkan ikatan dengan yang tersayang. Ayuh kita lihat beberapa biskut kegemaran ramai.
Tat nenas merupakan biskut pilihan ramai yang sempurna! Kombinasi jem nenas yang lazat dengan pastri yang rangup tetapi peroi, ia merupakan pilihan popular untuk pelbagai acara perayaan. Tat nenas lazimnya berbentuk gulung atau diadun berbentuk biskut dengan nenas seumpama bentuk tat. Rasanya yang lazat memikat semua yang menjamahnya.
Kuih bangkit (juga dikenali sebagai biskut tepung ubi) adalah agak mencabar untuk disediakan tetapi hasilnya menyeronokkan dengan teksturnya seumpama baldu. Untuk mendapatkan rasa bakar yang menjadi tarikan utamanya, tepung ubi haruslah terlebih dahulu digoreng dengan daun pandan bagi memastikan teksturnya gebu, lalu dibakar rangup dengan ciri peroi di bahagian tengahnya.
Biskut Emping Jagung Madu merupakan biskut gaya barat yang mendapat tempat di bulan yang mulia ini. Rupanya yang berseri dengan titisan madu dan lazat, ianya mudah disediakan dengan hanya tiga bahan utama – mentega, madu dan emping jagung. Hiasi ia dengan sedikit buah ceri atau lapisan coklat cair untuk menyerikannya dan menjadikannya lebih istimewa.
Biskut Dahlia cantik berseri dengan ciri bunga dahlia, bersesuaian dengan namanya. Dihias dengan sedikit potongan ceri, biskut kegemaran ramai ini terkenal dengan teksturnya yang peroi dan lazat di dalam suapan pertama lagi. Anda boleh menambah perisa biskut klasik ini dengan Knorr Golden Salted Egg Powder untuk versi yang pastinya menambat hati pelanggan anda..
Kuih Kapit merupakan salah satu kuih wajib yang sentiasa ada pada musim perayaan ini. Kuih Kapit telah pun dipertingkatkan resipinya tahun demi tahun dengan bahan asasnya santan yang dikekalkan. Proses membuat biskut ini pada zaman dahulu agak mencabar kerana ianya perlu dibakar menggunakan arang di dalam acuan tradisi. Hasilnya sangat cantik – biskut rangup coklat keemasan bulat yang dilipat empat dengan motif berpusar.
Kuih Loyang merupakan biskut rangup lazat yang sesuai untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak kerana keindahan rupanya. Kuih Loyang atau turut dipanggil Kuih Sarang Lebah mempunyai rasa manis dan lemak yang terhasil daripada santan, iaitu salah satu bahannya. Mudah dipatahkan ke beberapa bahagian kecil, tidak hairanlah kenapa Kuih Loyang adalah sangat sesuai untuk dikongsi bersama.
Kembali kepada TRADISI RAMADAN
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.