Tip Mudah untuk Menguruskan Pelanggan Yang Ramai
Ketahui cara untuk membuat pelanggan anda terasa istimewa, walaupun kedai tengah penuh sesak.
Orang ramai akan bersesak semasa hari cuti ataupun semasa buka puasa. Permintaan yang tinggi boleh menjurus kepada stress terhadap staf anda. Oleh itu, ia sangat penting untuk memastikan staf anda mempunyai kebijaksanaan dalam menguruskan emosi yang diperlukan atau emotional quotient (EQ) untuk kekalkan ketenangan dan bertindak waras. Selepas itu, kegembiraan staf memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengalaman pelanggan-pelanggan anda sempurna semasa menikmati hidangan walaupun semasa kedua-dua waktu kemuncak dan waktu biasa.
1. Susunan teratur
Pastikan petunjuk arah untuk beratur adalah jelas dan ia bertujuan untuk mengelakkan dari pelanggan-pelanggan anda memotong barisan. Staf anda juga perlu peka dengan sesiapa sahaja yang memotong barisan dan meminta mereka supaya beratur dalam barisan secara sopan.
Jika anda mempunyai sistem ambil nombor, semak nombor-nombor tersebut agar selari.
2. Pra-tempah
Pelanggan-pelanggan anda boleh pra-tempah semasa menunggu giliran mereka. Dengan cara itu, masa menunggu akan menjadi singkat. Tempat duduk di ruang menunggu juga boleh memudahkan tempoh menunggu. Anda juga boleh menyediakan beberapa minuman untuk membuat mereka berasa tenang semasa lapar.
3. Mengurus pelbagai jangkaan
Anda akan mendapat tahu waktu kemuncak atau waktu biasa cawangan atau gerai anda sepanjang anda menguruskannya. Beritahu kepada pelanggan anda tentang tempoh menunggu untuk meja dan makanan apabila beratur panjang supaya mereka tidak akan berasa marah semasa menunggu.
4. Cuaca yang tidak dijangka
Anda pasti tidak mahu kehilangan pelanggan anda hanya kerana cuaca teruk yang tidak dijangka. Dirikan kanopi mudah alih atau sediakan payung-payung dan baju hujan kepada pelanggan semasa menunggu.
5. Kualiti yang konsisten
Makanan yang anda sediakan perlulah baik secara konsisten, sama ada beratur panjang ataupun pendek. Pelanggan-pelanggan tidak akan kunjung ke situ lagi jika makanan dan servis yang diterima amat teruk. Untuk menyenangkan hati pelanggan-pelanggan yang berasa tidak puas hati, berikan mereka item percuma dari menu anda.
Kembali kepada TRADISI RAMADAN
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian