Hidangan melayu sangat menarik dengan kepelbagaian nasi dan rempah-ratus. Perkembangan makanan Melayu bermula dari perdagangan rempah-ratus dan makanan pada abad ke-15 apabila Selat Melaka menjadi faktor utama dalam perdagangan ini. Mari lihat beberapa jenis makanan berkuah atau sos-sos yang popular yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia.
Masak Merah
Ayam masak merah juga dikenali sebagai ayam tomato pedas. Ia dimasak bersama sos tomato yang menjadikan hidangan itu berwarna merah. Rempah-ratus seperti serai dan lengkuas juga memberikan aroma yang sangat wangi pada hidangan ini.
Mee Rebus
Mee rebus adalah kombinasi yang masam dan enak. Kuah kentang yang pekat akan dituang ke atas mi dan diletakkan juga bersama tauhu, telur rebus, kentang rebus, daun bawang, cili potong dan hirisan limau nipis. Kuah pekat tersebuat diperbuat daripada pes kari ayam, kentang, pes asam jawa, gula dan kiub stok ayam Knorr.
Rendang
Rendang adalah kari yang mengandungi serai, lengkuas, cili dan kayu manis yang dimasak bersama santan di atas api yang perlahan untuk beberapa jam. Selepas itu, ia akan menjadi kering dan menghasilkan daging yang sangat sedap dan lembut. Alternatif yang lebih sihat untuk rendang tradisional ini ialah rendang sayur ataupun rendang makanan laut.
Kuah Kacang Sate
Sate terdiri daripada daging yang diperap bersama bahan-bahan seperti serai, kunyit, cili dan ketumbar. Daging yang diperap itu akan dipanggang di atas arang. Ia dihidangkan bersama beberapa item seperti timun, bawang dan juga kuah kacang yang lazat.
Belacan
Pes udang dikenali sebagai belacan. Ia sering digunakan sebagai asas untuk membuat sambal dalam pelbagai hidangan rakyat Malaysia. Pes itu boleh diletakkan dengan lebih cili ataupun lebih belacan. Sesiapa yang gemarkan pedas akan campurkannya dengan lebih banyak cili.
Percik
Ayam percik juga dikenali sebagai ayam bakar bersama kelapa dan rempah-ratus. Ayam itu diperap di dalam santan yang dicampur bersama cili pedas, bawang putih dan sos halia. Hidangan ini sangat popular pada bulan Ramadan. Setiap bahagian ayam yang diperap akan dikepilkan bersama sepasang penyepit buluh yang akan menghalang daging ayam tersebut daripada mengecut ketika proses membakarnya. Daging ayam itu akan dicelup ke dalam sos dan dimasak di atas grill arang.
Pakar kuah? Sertai cabaran Raja Kuah Knorr (RKK)!
Hidangan yang disebutkan di atas hanyalah segelintir sahaja dari pelbagai hidangan Melayu. Jika anda pakar dalam memberi kelazatan yang lagi hebat untuk hidangan Melayu, inilah masanya. Kami akan menerima penyertaan-penyertaan baru untuk Raja Kuah Knorr 2017 nanti.
Pada tahun 2016, pemenang utama dari setiap negeri telah bersaing pada bulan November dan pemenang membawa pulang wang tunai sebanyak RM15,000 dan pakej Umrah untuk dua orang. Daftar segera dan kami akan menghantar maklumat terkini tentang promosi ini kepada anda!
Kembali kepada TRADISI RAMADAN
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian