Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Sambutlah musim perayaan ini dengan juadah kegemaran istimewa.
Makanan warisan merupakan simbol ideal dalam gaya hidup orang Islam di Malaysia. Diwarisi daripada orang tempatan dan pendatang, makanan warisan sering diingati dan menjadi sajian penting di musim perayaan. Hari raya ialah waktu terbaik untuk menghidupkan semula memori silam bersama tetamu anda dengan juadah yang enak daripada lemang hingga ke lontong!
Kombinasi beras pulut dan santan menjadikannya hidangan warisan kegemaran ramai di Malaysia. Dibaluti daun pisang untuk membangkitkan aroma wangi, ia kemudiannya dituang ke dalam batang buluh yang kosong dan dibakar di atas api. Dihidangkan dengan memotong bulat, lemang enak dinikmati bersama kari atau rendang.
Ketupat tradisional dipersembahkan dengan sempurna dalam anyaman daun kelapa yang cantik mata memandang tapi amat sukar untuk dikuasai. Beras akan dimasukkan ke dalam sarung ketupat yang dianyam dan direbus hingga masak. Kecantikan serta keistimewaan ketupat melambangkan betapa istimewanya perayaan ini.
Berasal daripada etnik Minangkabau di Indonesia, sajian klasik ini dimasak dengan santan sehingga pekat dan semua kuahnya melekat dan menyaluti daging yang digunakan, tidak seperti sajian berkuah yang lain. Rendang biasanya dibuat menggunakan ayam atau daging lembu. Yang menariknya, rendang mengandungi bahan pengawet semula jadi yang diperolehi daripada kombinasi santan, pelbagai jenis bahan dan rempah yang membolehkan ia bertahan sehingga empat minggu.
Bubur lambuk biasanya disediakan di bulan Ramadhan dan hidangan warisan ini menjadi kegemaran ramai kerana bahan-bahannya yang mudah ditukar ganti mengikut selera individu. Di antara resipi tradisional yang sering digunakan adalah kombinasi rempah-ratus seperti jintan manis, buah pelaga, kayu manis dan lada hitam. Ia berubah-ubah mengikut masa dengan kepelbagaian rempah, sayuran dan daging mengikut citarasa tempatan – bagi negeri Terengganu contohnya, budu ditambah ke dalam bubur lambuk bagi menambah aromanya.
Masakan hari raya tradisional Melayu ini diperbuat daripada santan, gula Melaka dan beras pulut melalui satu proses masakan yang amat sukar. Dimasak di atas dapur selama sembilan jam, pemanis mulut yang melekit ini perlu dikacau secara berterusan bagi mengelakkannya daripada hangus. Daripada proses yang panjang ini terhasillah juadah yang penuh perasa, menjadikan dodol kegemaran ramai termasuklah dewasa dan kanak-kanak.
Lontong adalah sejenis sajian yang diperbuat daripada kombinasi nasi himpit, sayur dan daging. Sajian lontong yang klasik biasanya dihidangkan dalam kuah santan yang tidak manis. Ada banyak variasi lontong mengikut citarasa tempatan. Pelbagai bahan ditambah ke dalam lontong seperti kuah kacang, tempe dan telur rebus. Sajian dari Indonesia ini dihidangkan secara berasingan dengan nasi himpit bagi mengelakkan nasi himpit itu menjadi lembik apabila direndam terlalu lama dalam kuahnya.
Kembali kepada TRADISI RAMADAN
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.