Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Idea-idea makanan untuk memberikan kelainan di bazaar Ramadhan
Kadangkala, pilihan makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadhan kesemuanya hampir sama, menjadikannya sukar untuk menarik minat pelanggan. Cubalah idea-idea makanan unik ini untuk menarik minat orang ramai terhadap gerai anda.
Hampir semua orang sukakan telur masin. Gabungan telur masin dengan makanan seperti sotong goreng, karipap, ayam goreng rangup dan kerepek ubi pasti menyelerakan!
Diperbuat daripada telur sebenar, Knorr Salted Egg amat sesuai digunakan sebagai penambah perisa telur masin anda.
Cubalah menyajikan kepak ayam pedas buat pelanggan anda, selain menu tetap bazar Ramadhan seperti ayam percik dan kebab ayam. Tarik minat pelanggan anda dengan aneka sos cicahan yang merangkumi perisa pedas hinggalah perisa yang lebih unik seperti keju Parmesan dengan bawang putih, teriyaki, dan mayonis sambal.
Sebagai bahan asas sos cicahan berkrim, gunakan.
Wujudkan kelainan pada menu anda dengan membuat ‘sate versi pencuci mulut’ dengan pelbagai jenis buah. ‘Sate buah-buahan’ yang manis dan berkhasiat ini amat sesuai dijadikan pembuka selera setelah seharian berpuasa. Untuk lebih nikmat, tuangkan sedikit sos coklat.
Untuk perisa kacang tambahan, gunakan.
Gunakan sedikit kreativiti anda untuk menggabungkan sajian Malaysia dengan Itali. Bayangkan betapa menariknya sajian-sajian seperti spageti ayam masak merah, bolognaise rendang, dan pasta lemak cilia api. Sos-sos Pasta Knorr amat sesuai digunakan dalam pasta rekaan anda.
Apa lagi yang menarik perhatian orang ramai ke gerai anda jika bukan buah durian? Tarik minat pelanggan-pelanggan baru untuk berkunjung ke gerai anda dengan keharuman semerbak cucur durian!
Kembali kepada TRADISI RAMADAN
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.