Penghantaran Menjelang Subuh
Belajar cara-cara memulakan servis penghantaran Sahur sendiri.
Sahur merupakan sarapan yang dimakan sebelum subuh bagi membekalkan tubuh badan dengan zat dan air yang mencukupi sepanjang berpuasa. Ambillah kesempatan untuk memajukan perniagaan anda dengan memulakan servis penghantaran makanan sahur yang jarang dilakukan. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebagai persediaan.
Buat Kajian Terdahulu
Disebabkan pasaran yang agak terhad, anda patut mengenal pasti dan menumpukan servis anda terhadap kawasan-kawasan yang mempunyai permintaan tinggi. Kunjungi acara komuniti atau lakukan bancian di sekeliling perumahan. Sebagai tempoh percubaan, mulakan servis penghantaran secara kecil-kecilan supaya anda dapat mengurangkan risiko dan mencuba idea-idea baru.
Sediakan Resepi yang Sesuai
Makanan yang sesuai untuk sahur bukan sahaja sedap, tetapi juga mampu membekalkan tubuh badan dengan zat untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. Berikut adalah beberapa resepi yang ringkas, berkos rendah dan enak:
- Telur rebus (poached) dan avokado dengan roti bakar
- Lempeng pisang
- Nasi goreng dengan sardin
- Roti bungkus berintikan ayam, keju, dan cendawan
- Smoothie bowl buah-buahan
- Salad sarapan pagi
Bina Sistem Pesanan yang Efisien
Untuk kemudahan pelanggan, wujudkan sistem pemesanan melalui nombor telefon khas, e-mel ataupun online. Bagi mengelakkan keciciran pesanan, simpan rekod pesanan secara online ataupun dalam bentuk cetakan fizikal.
Rancang Perjalanan Penghantaran Anda
Jimatkan masa dan kos penghantaran anda dengan merancang perjalanan yang cekap terutama sekali disebabkan tempoh penghantaran makanan sahur yang amat terhad. Salah satu cara untuk memudahkan perancangan anda adalah dengan menggunakan aplikasi Perancang Perjalanan Penghantaran Online. Anda hanya perlu memasukkan lokasi-lokasi penghantaran anda ke dalam aplikasi tersebut.
Kembali kepada TRADISI RAMADAN
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian