Juadah Romantik yang akan Diingati
Hiasi restoran anda dengan tema Hari Kekasih menggunakan tip-tip romantik yang pastinya akan membuat semua terasa romanti
Orang ramai meraikan cinta mereka pada setiap tahun. Terdapat satu hari yang sangat istimewa - Hari Valentine. Terdapat 4 tips untuk memberikan pengalaman Hari Valentine yang indah kepada pelanggan anda.
Dekorasi
Beri kehangatan pada restoran atau kafe anda. Lilin adalah wajib dan perlu diletakkan bersama bunga-bunga di tengah-tengah meja. Lukisan yang besar akan menambahkan lagi daya tarikan sesebuah restoran. Hidangan, perkakas dan kain yang anda pilih akan menambahkan lagi suasana yang diinginkan.
Muzik latar belakang perlulah mempunyai alunan yang perlahan dan lembut, sebagai contoh jazz ataupun akustik. Kelantangannya mestilah rendah supaya pelanggan anda dapat dengar perbualan masing-masing dengan jelas. Pastikan ruang di atas meja dan antara setiap meja adalah cukup. Oleh itu, pasangan akan merasakan seolah-olah mempunyai ruang privasi sendiri.
Kebiasaannya, restoran-restoran mewah akan menggunakan menu bercetak yang ringkas, manakala sebuah restoran Itali yang selesa pula akan mempunyai menu yang ditulis pada papan hitam. Pastikan menu bercetak sentiasa bersih dan bebas kotoran.
Pengcahayaan
Pengcahayaan adalah penting dalam menentukan tona di sesuatu ruang. Ingat, sesuaikan pengcahayaan dengan konsep! Restoran atau kafe anda akan memberi pengcahayaan yang berbeza pada waktu-waktu yang berbeza. Kebanyakan restoran menggunakan pemalap cahaya untuk menentukan kecerahan cahaya yang sesuai.
Makanan
Makanan perlulah di potong sedikit dan dikupas sebanyak mungkin tanpa limpahan sos yang mungkin akan terkena pada pakaian pasangan tersebut. Oleh itu, pasangan boleh fokus untuk menikmati hidangan pada suasana yang romantik.
Masukkan set menu yang boleh memberikan pengalaman istimewa kepada pelanggan anda. Ia boleh membantu untuk menaikkan margin keuntungan anda pada malam itu kerana ia merupakan pilihan yang efisien dan berbaloi.
Restoran atau kafe anda boleh menawarkan makanan atau pencuci mulut percuma yang dapat menggalakkan pasangan untuk berkongsi dari satu pinggan yang sama.
Hadiah
Anda juga boleh mengambil gambar Polaroid bersama penjenamaan restoran anda. Ia akan menjadikan pengalaman yang indah bagi pasangan tersebut. Anda boleh memberikan bunga atau baucar makanan untuk menggalakkan kunjungan mereka yang seterusnya.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian