Raikan Yang Tercinta Dengan Makanan
Buat ibu dan ayah terasa hebat pada hari istimewa mereka dengan layanan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga
Kebiasaannya, Hari Ibu dan Hari Bapa merupakan sambutan besar ahli keluarga yang akan meningkatkan kunjungan pelanggan ke restoran atau kafe. Sementara itu, pelanggan setia dan juga pelanggan yang datang untuk kali pertama sememangnya penting untuk diberi perhatian & layanan istimewa. Perhatian dan layanan yang diberikan akan memberi kesan yang berpanjangan kepada mereka. Mereka akan beritahu dan kongsikan kepada rakan-rakan jika mereka mempunyai pengalaman yang positif dari anda.
Menampung jumlah yang banyak
Kebanyakan restoran atau kafe yang berjaya, mereka akan menghidangkan makanan yang pelbagai jenis, menjadikan sebagai parti kumpulan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai generasi. Pastikan menu anda mempunyai pilihan makanan dan minuman untuk kanak-kanak, bebas daging, dan sebagainya. Jadi inklusif yang mungkin supaya setiap pelanggan berasa kunjungan mereka sangat dialu-alukan dan dihargai oleh restoran atau kafe anda.
Hidangan mudah disediakan
Ianya bukan hari yang bagus untuk menawarkan hidangan yang memerlukan penyediaan yang lama atau yang boleh diubah ketika Hari Ibu atau Hari Bapa. Tawarkan menu yang pra-tetap dan istimewa untuk hari tersebut.
Pastikan anda mempunyai pilihan di dalam menu yang boleh dinikmati oleh semua orang dengan menyediakan “makanan bapa” yang biasa (banyak karbohidrat dan daging) atau “makanan ibu” (banyak sayur-sayuran). Pelanggan akan ingat sambutan ini pada masa hadapan jika chef yang popular atau terkenal yang menyediakan hidangan mereka.
Sambutan ini juga boleh mengetengahkan ciri makanan yang sihat, dan juga sedap. Sebagai contoh, hidangkan bertih jagung kosong bersama beberapa cubit garam laut Himalaya dan kurang mentega, ataupun hidangkan beras perang atau quinoa selain dari nasi putih. Pelbagai makanan yang kaya dengan nutrien seperti matcha (teh hijau), kobis, biji chia, dan bermacam lagi boleh disertakan di dalam menu.
Suasana selesa
Pelanggan yang memilih restoran kasual menginginkan servis yang baik, persekitaran yang baik dan tahap tenaga yang baik. Hidangan sambutan istimewa bersama ahli keluarga perlulah meriah dan memberi pengalaman yang menggembirakan kepada mereka.
Gambar-gambar gembira
Upah seorang jurugambar professional atau dapatkan seorang staf anda untuk mengambil gambar keluarga-keluarga tersebut. Dapatkan juga alamat e-mel pelanggan anda supaya boleh kongsikan gambar-gambar itu dengan mereka, dan dalam masa yang sama, anda boleh menambahkan data kunjungan pelanggan restoran anda. Mungkin, anda boleh e-melkan juga baucer diskaun istimewa yang boleh mereka gunakan untuk kedatangan yang seterusnya.
Hadiah kejutan
Berikan pencuci mulut percuma, kad hadiah atau diskaun istimewa di cawangan rakan kongsi. Contohnya, diskaun sebanyak 20% untuk sesi santai di spa.
Seminggu
Selain dari meraikannya selama satu hari, restoran atau kafe anda boleh menawarkan istimewa sepanjang minggu kepada ibu dan bapa. Ini boleh diberikan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk meraikannya pada hari yang sebenar.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian