Kadangkala, pilihan sajian pembuka selera yang terlalu banyak di meja bufet iftar boleh menjadikan pengunjung anda rambang mata. Untuk sentuhan peribadi yang lebih bermakna dengan menu iftar anda, sajikan pembuka selera yang menepati semua cita rasa ini.
Onde onde
Onde onde ialah pencuci mulut popular yang diperbuat daripada tepung pulut dengan ekstrak daun pandan, tepung ubi, dan kiub gula melaka yang ditabur dengan campuran kelapa parut dan garam laut. Kuih kecil ini mempunyai aneka rasa yang sedikit masin di luarnya, dengan kemanisan gula melaka di dalamnya!
Cucur Udang
Snek kegemaran rakyat Malaysia ini diperbuat daripada adunan tepung dan udang kecil yang digoreng rangup, sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera ataupun minum petang. Sajikanlah cucur udang untuk dimakan bersama sos cili dan tomato atau kosong sebagai pembuka selera.
Hummus
Humus ialah masakan masyarakat Levant yang lebih dikenali sebagai masakan Timur Tengah. Sajian ini kaya dengan protein, serat, zat besi, dan vitamin; amat sesuai disajikan untuk tetamu anda yang vegetarian dan vegan. Humus biasanya lebih sedap dimakan dengan roti bakar, roti pita atau breadstick.
Sate
Jika di Texas ada barbeku, di Malaysia pula ada sate. Makanan kegemaran Malaysia selama berdekad ini diperbuat daripada kiub atau hirisan daging ayam, kambing, lembu, ikan atau arnab yang diperap dan dipanggang di atas arang. Kandungan protein yang tinggi dalam sate amat sesuai dijadikan pembuka selera di jamuan iftar!
Cekodok Pisang
Ringkas, manis, dan enak dimakan – cekodok pisang diperbuat daripada tepung serbaguna, pisang lenyek dan gula, lebih enak disira dengan santan manis atau air gula melaka.
Smoothie Bowl Kurma
Smoothie bowl yang diperbuat daripada campuran kurma, herba, pisang yang dibekukan, kelapa parut, dan biji chia ini boleh dijadikan pembuka selera atau pencuci mulut yang sihat dalam menu iftar anda. Smoothie bowl ini bukan sahaja sesuai untuk tetamu anda yang sedang berdiet, tetapi juga mudah dicernakan!
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian