Bagaimana menangani pembaziran makanan di bulan Ramadhan
Menangani pembaziran makanan & penjimatan kos di bulan Ramadhan adalah lebih mudah dari yang dijangkakan.
Mengurangkan pembaziran makanan bukan sahaja membantu kita menjimatkan wang, malah turut menyumbang ke arah pemuliharaan alam sekitar.
Menurut FAO, sebanyak 1.3 bilion makanan terbazir setiap tahun1, iaitu sepertiga daripada jumlah makanan yang dihasilkan di seluruh dunia untuk manusia. Kenduri kendara terutamanya, biasanya menyajikan makanan yang banyak disebabkan bilangan hadirin yang besar. Dan lebih banyak makanan disajikan, lebih banyak jugalah pembaziran.
Tahun ini, mari kita bersama-sama mula menyambut musim perayaan dengan lebih bijak dan penjimatan, untuk kebaikan diri serta masyarakat.
1. Rancang menu yang padu
Kebanyakan juadah Melayu istimewa bulan Ramadhan disediakan dengan bahan-bahan yang hampir sama, jadi bahan-bahan tersebut boleh digunakan untuk juadah lain, pada hari lain. Yang penting, rancang menu anda dengan bijak dan perbanyakkan stok bahan-bahan pelbagai guna untuk digunakan di dalam pelbagai juadah yang berkongsi intipati.
2. Sukat makanan yang terbazir
Kenal pasti di mana pembaziran di restoran anda biasanya berlaku: semasa penyediaan, sewaktu dinikmati oleh pelanggan, atau akibat rosak/basi. Ini membantu anda untuk lebih berwaspada dan tahu bagaimana nak mengatasinya.
Contohnya, jika masalah berlaku di peringkat penyediaan, cara kreatif boleh difikirkan untuk mengguna semula bahagian sayuran atau buah-buahan yang jarang digunakan—mungkin sebagai hiasan hidangan.
Anda juga boleh mengawal penyediaan makanan melalui tempahan oleh pelanggan, serta menggalakkan kesederhanaan dengan menyajikan juadah yang seimbang. Apatah lagi, bukankah Ramadhan berkisar tentang disiplin dan ketahanan diri?
3. Tepuk perut, tanya selera
Kalau dah namanya jamuan bufet, mestilah nak makan banyak! Dengan menggunakan pinggan mangkuk yang bersaiz kecil atau sedang, para pelanggan anda boleh didorong untuk mengambil makanan sedikit demi sedikit, dan bukannya sebukit demi sebukit. Ini membantu mengurangkan pembaziran serta saiz perut mereka juga.
4. Tawarkan pilihan kepada pelanggan anda
Dengan berkomunikasi secara telus dengan para pelanggan anda tentang usaha anda untuk mengurangkan pembaziran, mereka akan turut terpanggil untuk melibatkan diri dalam usaha murni ini. Bukan sahaja nama hotel anda akan harum mekar, malah usaha anda juga mungkin disebarkan dari mulut ke mulut. Tawarkan juga kepada mereka juadah khas, beg untuk tapao, serta bermacam-macam lagi!
5. Berkongsi itu tanda sayang
Lebihan makanan sukar dielakkan. Semasa bulan mulia ini, ambil peluang untuk beramal dengan menggalakkan kakitangan anda membawa pulang lebihan makanan untuk dikongsi bersama sahabat handai dan keluarga.
Selain itu, anda juga boleh berderma kepada pusat makanan—yang memerlukan dapat merasa, alam sekitar juga terjaga.
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian