Menjangkaui jangkaan membuka puasa
Sedia bufet yang berlainan di bulan Ramadan agar pelanggan anda akan memilih juadah anda untuk berbuka puasa
Berbuka puasa dengan buffet di hotel telah menjadi kebiasaan di Malaysia. Ada syarikat yang menganjurkan sesi ‘makan-makan’ di hotel. Tak terkira juga kaum keluarga dan sahabat handai yang berbuka bersama-sama.
Dan kebiasaannya, hotel-hotel akan bertungkus-lumus untuk menawarkan serba serbi, dari makanan berjiwa tempatan ke hidangan premium dari serata dunia. Berikut adalah beberapa idea yang mungkin boleh menawan hati para tetamu anda:
Menu yang berbeza-beza
- Pelbagaikan citarasa tetamu dengan keaslian Mediterranean, Jepun, inspirasi Perancis dan hidangan makanan laut yang akan membuatkan mereka mahukan lebih lagi.
- Tawarkan pelbagai makanan lazat dari pelbagai negara seperti Indonesia, India, Lubnan, Arab Saudi dan Turki. Lassi, teh dan jus yang tidak terhad juga boleh menjadi sebahagian daripada menu tersebut.
- Raikan warisan menarik Malaysia dengan berkongsi masakan melayu asli dan resepi turun-temurun, atau mungkin hidangan istimewa dari setiap negeri.
Bawa bazar ke dalam hotel
Semasa bulan Ramadan, bazar-bazar akan didirikan di pelbagai tempat. Inilah masanya untuk menikmati hidangan tradisional Melayu yang menggiurkan – ayam percik, nasi lemak, sate, murtabak dan pelbagai lagi! Ada juga bazar-bazar Ramadan popular yang mampu membuatkan pembeli sanggup menunggu sehingga 30 minit hanya untuk membeli juadah istimewa mereka!
Dengan mencipta bazar jalanan ini di dalam hotel, pengunjung tempatan dan juga pelancong boleh merasai pengalaman unik, yang hanya muncul setahun sekali.
Keindahan buah tangan tradisional
Selain jamuan makanan tradisional Melayu di persekitaran yang baru, hotel-hotel boleh menawarkan sebalang rendang istimewa atau biskut raya popular kepada para tetamu!
Istimewa sahur dan iftar
Di samping pakej keluarga, hotel-hotel boleh membuat tawaran istimewa Hari Raya semasa sahur dan juga iftar. Dengan persekitaran yang menarik untuk menikmati hidangan, sesiapa pun pasti akan tertarik hati dan terbuka selera untuk meraikan buka puasa di hotel dengan lebih kerap sepanjang Ramadan.
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian