Sajian Ramadhan Wajib Dalam Bufet Hotel
Kenali 5 sajian Ramadhan yang wajib ditambahkan ke dalam bufet hotel anda – dan pastinya ramai akan berkunjung untuk berbuka puasa!
Bulan mulia sudah menjelang, dan ini bermakna semakin banyaklah yang perlu disediakan untuk bufet Ramadhan setiap hari untuk para tetamu Muslim berbuka puasa. Bila adanya artikel atau rencana yang memaparkan bufet-bufet berbuka puasa di hotel-hotel pastinya akan membawa banyak publisiti sambil memberikan peluang kepada tetamu untuk menikmati pelbagai juadah di hotel-hotel yang berlainan.
Untuk memastikan anda mendahului saingan anda, kami ingin berkongsi dengan anda beberapa sajian bufet bulan Ramadhan yang popular untuk memastikan para tetamu anda kembali lagi dan lagi!
Daging golek
Tiada yang lebih menarik hati para tetamu anda selain stesen daging golek yang tersergam menyambut ketibaan mereka. Ini menunjukkan kepada mereka yang hotel ini sanggup berhabisan untuk memuaskan kehendak hati (dan perut) mereka.
Antara pilihan-pilihan popular termasuklah kambing atau daging lembu, sebaiknya dipasangkan dengan pelbagai pencicah dan sos. Selain itu, jika ada chef yang sentiasa setia menanti untuk membantu memotong dan menghiris daging golek tersebut serta memberikan cadangan sos, tetamu anda akan merasakan yang anda memberikan layanan kelas pertama. Ini juga akan memberikan imej yang positif kepada hotel anda.
Stesen salad
Apabila anda menghidangkan sajian-sajian Ramadhan yang popular, ini juga bermakna anda perlu sediakan ramuan-ramuan asas untuk salad. Tak kira kerabu mangga atau ulam kampung, stesen salad perlu ada ramuan-ramuan yang boleh dicampur bersama untuk menghasilkan pelbagai jenis salad yang berbeza. Jangan lupa kuah salad untuk melengkapkan salad anda - selain pilihan-pilihan klasik seperti mayonis dan Thousand Island, apa kata anda hidangkan juga kegemaran tempatan seperti cili limau?
Pastinya lebih menyelerakan kalau ada serba serbi daging sebagai sampingan—udang dan ikan kering merupakan pilihan yang tepat sebagai cara yang “mesra kos” untuk menghabiskan stok lebihan anda kerana bahan-bahan ini biasanya tidak digunakan sekerap bahan-bahan lain.
Stesen mi
Bagi memuaskan selera para tetamu anda yang menggemari mi, pelbagaikan pilihan sup dan kuah anda dengan kuah-kuah seperti laksa, kari, atau tomyam. Seimbangkan juadah anda dengan pilihan yang pedas dan tidak supaya tiada tetamu anda yang terasa ketinggalan.
Hidangan tempatan asli
Memberikan penekanan pada latar belakang ketua chef dalam pelan pemasaran anda merupakan taktik yang cukup baik untuk menarik para tetamu bufet anda. Oleh sebab pilihan juadah tempatan berada di bawah bidang kuasa ketua chef, juadah-juadah itu akan secara langsung menerima pengaruhnya.
Contohnya, jika ketua chef tersebut berasal dari utara, pastinya kebanyakan juadah di meja bufet adalah selera utara juga.
Makanan jalanan
Siapa yang tak menggemari makanan yang biasanya didapati dari gerai-gerai di bawah pokok dan di tepi jalan? Memasukkan makanan-makanan ini dalam pilihan bufet anda akan menggamit nostalgia yang mengingatkan semua akan asal usul setiap hotel yang besar. Hidangkan juadah-juadah seperti pisang goreng dan cucur udang untuk memberikan gambaran yang, walaupun hotel anda begitu gah, ia masih merendah diri.
Namun, tak perlu terus menukarkan fokus anda dalam pilihan hidangan. Bufet Ramadhan rata-ratanya terdiri daripada 80% juadah tempatan dan 20% sajian antarabangsa, supaya terdapat keseimbangan dalam kepelbagaian hidangan.
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian