4 Idea Untuk Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yang Meriah
Unikkan sambutan Hari Raya dengan idea ini.
Selepas sebulan berpuasa, umat Islam seluruh Malaysia akan menyambut hari raya Aidilfitri dengan mereka yang tersayang. Tinggalkan memori yang manis tentang hotel atau restoran anda di hati para pengunjung sempena hari raya dengan sentuhan warna-warna terang atau dengan dekorasi yang baru.
Selain menghidupkan suasana dengan warna kehijauan yang penuh kemeriahan, ada beberapa lagi idea yang anda boleh cuba agar mereka yang berkunjung ke restoran anda dapat merasai kemeriahan hari raya Aidilfitri.
1. Peluang berfoto
Hasil seni yang menawan mampu menjadikan pengunjung anda teruja (dan sanggup beratur!). Pastikan anda menggunakan elemen dekorasi yang membolehkan pengunjung anda mengambil foto yang bermakna bagi mereka. Selain dekorasi tradisional hari raya, hasil seni yang berwarna-warni mampu membuka ruang dan mencipta satu suasana penuh gaya.
Pencahayaan, seperti juga cahaya semula jadi, mampu menghidupkan dinding di mana anda letakkan hasil seni anda. Dengan suasana yang indah dan menyerlah, diiringi irama muzik tradisional, pengunjung anda pastinya merasa seolah-olah mereka di bawa ke dalam satu ‘cerita’.
Akhir sekali, hiasi pondok foto tersebut dengan tema suasana kampung dan hari raya. Sentuhan seperti ini pastinya akan menggamit perasaan pengunjung dalam dan luar negara.
2. Aktiviti Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Membuat ketupat, mengikat kain sarong dan banyak lagi
Bagi menghidupkan lagi suasana hari raya Aidilfitri, restoran dan hotel juga sering mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat dikunjungi dan dinikmati oleh pengunjung tempatan dan pelancong. Selain irama muzik tradisional, sama ada ‘live’ atau rakaman, hotel juga boleh menganjurkan aktiviti seperti sesi memasang pelita, mengikat sarong, mewarna untuk kanak-kanak dan membuka peluang bagi mereka membalut ketupat yang boleh dimakan sebaik selepas dimasak! Makanan apa yang lebih lazat daripada makanan yang anda masak sendiri?
Anda boleh mencipta hashtag yang unik untuk menggalakkan para pengunjung untuk berkongsi pengalaman hari raya mereka di media sosial. Dengan cara ini, hotel atau restoran berserta kenangan indah yang terjalin dengan mereka, mudah dicari dan diakses oleh pengunjung di mana jua pada bila-bila masa.
3. Biskut Raya
Sediakan hidangan pencuci mulut yang berkonsepkan hari raya seperti biskut berbentuk unta.
Anda juga boleh mempertimbangkan pilihan lain seperti:
- Biskut Samprit
- Biskut Makmur
- Biskut Telur Rebus
- Almond London
- Tart Nanas
Untuk lebih pilihan, baca artikel kami tentang kuih-muih popular yang pengunjung anda gemari di musim hari raya Aidilfitri! Dipadankan dengan bungkusan yang comel dan menarik, pastinya kuih-muih ini mencetuskan mood hari raya! Bungkus dan hadiahkan kepada pengunjung anda sebagai buah tangan.
4. Amalkan Hidup Sihat dengan Makanan Sihat
Kita rasa seolah-olah tiada ruang untuk kita makan dengan sihat di musim Aidilfitri bukan? Sering kali, waktu berbuka puasa membuatkan anda mengidam hidangan tradisional Melayu yang lemak berkrim, dimasak dengan santan dan pelbagai lagi bahan-bahan yang melazatkan.
Apa kata kali ini, sediakan hidangan yang sama tapi dengan sedikit variasi. Ubahkan sedikit resipi contohnya kurangkan santan, gula, garam dan minyak. Anda mungkin kurang bersetuju tetapi, perbezaan yang kecil ini tidak akan memberi kesan kepada keenakan makanan tradisional hari raya ini.
Satu lagi alternatif ialah menghidangkan ayam panggang dan bukannya ayam goreng. Kaedah memasak memberikan banyak perbezaan. Maka, pilihlah untuk merebus, memanggang, stim, bakar atau tumis.
Jika hotel menghidangkan teh atau kopi, jadikannya pekat atau ‘kaw’! Sediakan gula dan susu berasingan agar pengunjung boleh memilih sendiri tahap kemanisan yang mereka kehendaki.
Perkara kecil seperti ini memberi banyak perubahan: anda mengambil berat tentang selera dan kesihatan mereka pada masa yang sama. Anda boleh juga menggunakan pinggan yang lebih kecil bagi mengelakkan pengunjung menjadi terlebih makan.
Pengunjung selalunya tidak mampu membezakan perubahan ini, maka pinggan yang kecil bermakna kurangnya kehendak makan yang seterusnya mampu mengurangkan pembaziran. Pengunjung anda tentu sekali boleh menambah sendiri jika itu kehendak mereka.
Anda kini telah mendapat sedikit idea untuk aktiviti dan perancangan yang boleh dilaksanakan untuk pengunjung anda yang menyambut hari raya Aidilfitri, maka anda kini juga terfikir apa pula hidangan yang perlu ditambah ke dalam menu hari raya anda. Lihat senarai semak hidangan warisan kami, selain idea untuk mocktail agar menu anda lebih meriah di musim perayaan ini!
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian