Sebenarnya, kebanyakan makanan memang halal. Makanan hanya menjadi tidak halal apabila ia mempunyai unsur-unsur yang tidak suci seperti alkohol dan bahan daripada daging babi. Jadi, ia sebenarnya tidaklah sukar seperti yang disangkakan.
Hotel-hotel akan mencuba bermacam-macam cara untuk memenuhi kehendak pasaran Islam. Ada yang bebas alkohol, tiada kelab malam, dan menghidangkan makanan halal sahaja. Ada yang patuh Shariah secara keseluruhannya, termasuklah dengan mendapatkan sijil halal JAKIM.
Sebenarnya, tak kira apa sahaja makanan yang tetamu anda pilih, pastikan anda cuba sebaik mungkin untuk memberikan kesan yang terbaik dengan menghasilkan servis dan makanan yang terbaik.