Memenangi Perang Pembaziran Makanan
Pembaziran makanan adalah salah satu faktor utama pemanasan global - ketahui bagaimana anda dapat mencegahkannya!
Tahukah anda, pelepasan gas rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global berpunca daripada sisa makanan? Ini kerana sisa makanan akan mengeluarkan sejenis gas mudah terbakar semasa penguraian – sebatian yang sama yang dihasilkan semasa pengeluaran arang batu dan minyak. Ikuti tips ringkas kami di bawah tentang langkah pengurusan sisa makanan.
Kompos
Langkah pertama boleh bermula dengan melaburkan sedikit wang untuk membeli mesin pengomposan makanan. Ada antara mesin tersebut yang boleh menukarkan sehingga 100 kg sisa makanan kepada kompos. Bila digunakan sebagai baja, jimatlah kos untuk mengindahkan landskap anda! Mesra alam semula jadi lagi!
Guna semula sisa dengan kreatif
Dengan daya kreativiti, sisa makanan seperti kulit buah pun boleh diguna semula dengan menarik. Bayangkan jika tetamu anda dihidangkan jeruk kulit tembikai sebagai snek atau lenggai vanila sebagai straw – siapa yang tak kagum dan teruja?
Berikan kepada yang memerlukan
Bagi sesetengah orang, sisa makanan mungkin merupakan sesuatu yang bernilai. Jadi, dermakanlah lebihan makanan kepada sukarelawan untuk membantu mereka yang memerlukan, selain mengurangkan pembaziran. Hubungi kumpulan sukarelawan berikut untuk sumbangan anda:
- Kechara Soup Kitchen – Justin Cheah, 010-333 3260
- Dapur Jalanan Kuala Lumpur – Pakwan, 019-267 1285
- Pertiwi Soup Kitchen – Munirah Hamid, 012-236 3639
- Assumption Soup Kitchen – Alice Massang, 012-212 2397
- Grace Community Services / Servis Komuniti Grace – 03-3371 7378
- Asian Youth Ambassadors / Duta Belia Asia – 03-5637 8737
- Mercy Mission – 03-6151 5952
- Reach Out Malaysia – MK Rahman, 019-226 3569
- Soup Kitchen, Jinjang Utara – 03-5880 5027
- The Nasi Lemak Project / Projek Nasi Lemak – Mastura, 013-466 7833
Cegah pembaziran dari akarnya
Pencegahan dah tentu lebih baik daripada pelaburan yang begitu mahal untuk menyelesaikan isu pembaziran. Jadi, ini beberapa langkah permulaan yang boleh diambil:
- Anggarkan berapa banyak sisa yang hotel anda keluarkan: Kenal pasti bahan-bahan yang paling banyak berlebihan dalam suatu tempoh masa tertentu.
- Kaji proses-proses pengurusan serta pengisian semula stok anda: Kurangkan bahan-bahan yang paling terbazir dan pastikan anda mengamalkan FIFO (First In, First Out atau Pertama Masuk, Pertama Keluar).
- Rancang menu anda dalam tempoh praktikal, sama ada untuk minggu hadapan dan seterusnya, mahupun untuk sebulan. Dengan cara ini, tiada lagi masalah berhadapan dengan bahan-bahan yang tidak digunakan.
- Kaji aliran pengurusan sisa secara bulanan atau suku tahunan bagi memastikan sistem ini berfungsi dengan secekapnya.
- Beri ganjaran kepada kakitangan anda sebagai galakan untuk bersama-sama meminimumkan tahap pembaziran. Uar-uarkan usaha ini serta hasilnya dengan kesemua kakitangan dan juga seluruh industri bagi menggalakkan usaha seperti ini.
Yang pasti, semua orang mempunyai peranan masing-masing: tak kiralah dengan mengitar semula makanan, mengguna semula bahan-bahan makanan atau menderma makanan yang berlebihan kepada mereka yang memerlukan. Mulakan langkah pertama di hotel anda hari ini!
Kembali kepada Perniagaan Makanan 101
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian