Apa Yang Sedang Dimasak dengan Teknologi Makanan?
Ketahui perkembangan saintifik makanan yang terbaru!
Selamat datang ke dunia baru! Memasak dengan ketuhar biasa atau dapur gas adalah cara memasak yang lama. Jom lihat beberapa teknologi makanan baru yang membawa ombak perubahan besar di dapur-dapur seluruh dunia.
Cetakan makanan 3D
Bagi hidangan yang memerlukan pembentukan atau pelapisan, sama ada yang ringkas atau rumit, cetakan makanan 3D adalah jawapannya. Mana-mana chef pun pasti akan berasa bangga bila dapat mempersembahkan hidangan mereka dengan gaya kreatif. Di Barcelona, contohnya, sebuah syarikat bernama Foodini telah merintis teknologi ini dengan memiliki mesin mereka sendiri yang berupa seperti ketuhar besar biasa. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk membuat mahakarya ini. Sebagai contoh, apabila kentang dimasukkan ke dalam mesin tadi, mereka hanya perlu memilih saiz muncung dan rekabentuk yang diingini, dan voilà! Kentang putar 3D siap dalam hanya DUA minit!
Sous vide
Sous vide ataupun “bawah vakum” ialah suatu teknik memasak di dalam beg vakum yang dikedap rapi. Berbeza daripada teknik merebus dalam beg plastik, teknik sous vie memerlukan beg vakum tadi diletakkan di dalam mesin berkomputer yang istimewa yang diset dengan tepat pada suhu serendah mungkin. Disebabkan suhu yang begitu rendah dan bebas daripada pengoksidaan, dengan teknik ini, makanan boleh dibiarkan masak di dalam mesin tersebut selama beberapa jam atau hari untuk meningkatkan lagi tekstur, rasa, dan kelembutan di luar dan di dalam makanan. Dan disebabkan kejituan teknik ini, hasil yang sama boleh diperoleh berulang kali setiap kali memasak.
Hidangan Kriogenik
Cecair nitrogen, atau terkenal sebagai LN2, merupakan suatu elemen yang mampu membekukan objek serta merta. LN2 adalah teknik pilihan dalam penyediaan beberapa jenis juadah, seperti aiskrim. Tidak seperti penyejukan normal yang menyebabkan krim berkristal dan adakalanya keras, dengan LN2, anda boleh menikmati aiskrim yang bertekstur lembut dan licin bak belaian di dalam mulut.
Selain itu, LN2 boleh digunakan juga untuk menghias hidangan anda. Dengan membekukan buah-buahan dan bunga-bungaan, kemudian memecahkan kepada kepingan kecil, anda boleh mem tekstur yang menarik dan memukau.
Kembali kepada Apa Yang Terbaru?
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian