Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Di sini anda akan ketahui segalanya tentang gandingan pasta dengan sos yang betul.
Gandingkan dengan sos yang ringan, krim, sos berasaskan minyak
Sebagai contoh, cuma kaup dan balikkan sos pesto ke dalam jalur linguine anda dan voila, anda sudah mempunyai sebuah hidangan Itali. Tambahkan beberapa udang yang telah disaute dan hiaskan dengan daun selasih sebagai sentuhan kemasan.
Amat sesuai dengan sos daging yang kaya berperisa
Tiada siapa dapat menafikan gandingan kemenangan antara tagliatelle dengan campuran soso ragu yang panas. Pekat dan kaya berperisa daging, ia berganding dengan begitu baik dengan pasta yang mempunyai struktur yang lebar seperti riben.
Sesuai sekali dengan sos berkrim pekat atau sos daging
Sebagai contoh, conchiglie amat sesuai dengan sup and pasta bebentuk cengkerang besar yang boleh disumbat dengan daging, sayur atau keju untuk gandingan yang lebih menyeronokkan
Gandingkan dengan sos berkrim yang lebih ringan & halus
Satu pilihan asas yang hebat untuk salad pasta, fusilli yang berbentuk skru bergulung-gulung akan terasa hebat bila digabungkan dengan tomato, buah zaitun dan kaper.
Tambahkan ke dalam sos sayur, ragu atau keju bakar yang mengenyangkan
Penne yang berbentuk silinder ini cukup versatil dan sesuai digandingkan dengan pelbagai jenis sos, terutamanya sos arabiata atau marinara. Ia juga amat popular digunakan dalam hidangan bakar.
Amat sesuai dengan sos mentega atau minyak yang ringan
Terjamin akan mengenyangkan dan memuaskan selera anda, ravioli yang disumbat keju berganding sempurna dengan sos mentega perang.
Cubalah gandingan-gandingan lazat ini sendiri pada hari ini juga dan semestinya anda akan melihat pelanggan tersenyum lebar.
Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.