Ketahui Cara Untuk Menghidang Masakan Barat
Seringkali, bagaimana makanan dihidang dan dipersembahkan adalah sama pentingnya dengan rasa masakan tersebut
Tonjolkan komponen ramuan utama anda
Seperti sebuah buku yang terkarang baik, hidangan anda memerlukan plot utama yang baik untuk menonjolkan jalan ceritanya. Untuk masakan barat, titik fokus biasanya adalah pada protein, samada ianya daging lembu, ayam, daging khinzir atau makanan laut. Mulakan dengan meletakkan ramuan ini di dalam pinggan, dan letakkan komponen lain di sekelilingnya untuk menonjolkan ramuan utama ini.
Tonjolkan tekstur dan warna yang berlainan di dalam pinggan
Makanan tentunya tampak tidak menarik jika ia hanya mempunyai satu warna. Warna memainkan peranan yang amat besar dalam menceriakan sesebuah hidangan. Sebagai contoh, warna hijau akan kelihatan segar, manakala warna coklat, merah manggis dan emas akan tampak menyenangkan. Ada makanan yang berkilat, dan ada pula yang pusam, mempunyai permukaan licin atau bertekstur. Tekstur akan dapat memberikan kontras pada hidangan dan rasa sensasi yang berlainan di dalam mulut.
Hiasan
Apabila semua ramuan utama telah disetkan di dalam pinggan, anda boleh gunakan beberapa bahan hiasan untuk menambahkan warna dan kesegaran kepada hidangan anda. Bahan hiasan anda seharusnya padan dengan profil perisa hidangan anda dan 100% daripadanya boleh dimakan!
Kadar antara makanan dan saiz pinggan seharusnya seimbang!
Pemilihan pinggan mangkuk yang digunakan sering tidak diberi perhatian. Dengan pinggan yang bersaiz betul, mempunyai warna dan bentuk yang betul boleh menonjolkan hidangan anda atau membuat ia kelihatan sungguh tidak menyelerakan. Cuba untuk mengekalkan ratio yang sihat untuk protein, karbohidrat dan sayuran di dalam pinggan anda.
Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian