Belajar dari pakar: tunjuk ajar dari Mark Sargeant untuk setiap chef
2 pengajaran penting yang perlu diketahui oleh setiap chef dari chef berbintang Michelin, Mark Sargeant
Duta Knorr dan bekas anak didik Gordon Ramsay, chef berbintang Michelin Mark Sargaent juga menguruskan beberapa restoran yang berjaya. Kami telah berbual dengan chef yang memegang pelbagai peranan ini dan beliau ingin berkongsi 2 pengajaran penting dengan semua chef:
Mendapatkan pengiktirafan Michelin
Pengiktirafan Michelin mampu menjadi pemicu untuk kejayaan restoran. Namun dalam strategi dan perancangan yang baik, dipandu oleh pengiktirafan sebegini bukanlah pilihan yang terbaik. Beberapa tip dari Mark tentangnya ialah:
- Jangan bekerja untuk mendapatkan pengiktirafan Michelin: Mendapatkan pengiktirafan Michelin adalah suatu kejayaan besar tapi ia tidak seharus dijadikan sebagai matlamat utama. Masaklah untuk pelanggan anda. Masaklah untuk diri anda. Dan bukannya untuk pengiktirafan Michelin.
- Sentiasa Fokus: Tumpukan perhatian kepada hasil perolehan dan untung kasar. Sasarkan restoran yang sibuk dan pelanggan yang gembira. Ciri asas ini harus dijadikan sebagai matlamat utama untuk sesiapa sahaja yang ingin menceburi industri masakan.
Beralih dari menjadi seorang chef kepada tuan punya restoran
Melakukan peralihan dari menjadi seorang chef kepada tuan punya restoran bukan sentiasa mudah. Ia memerlukan kemahiran dan fokus yang berbeza. Sekiranya anda ingin membuat peralihan ini, Mark Sargeant mempunyai beberapa nasihat tentang perubahan besar ini.
- Belajar untuk melepaskan: Berada di dalam dapur sepanjang masa akan membuatkan mana-mana chef terbawa-bawa dalam hal-hal remeh. Anda perlu belajar untuk membiarkan hal-hal dapur diurus oleh pasukan anda dan mula memikirkan gambaran yang lebih besar.
- Percayakan pasukan anda: Untuk melepaskan hal-hal dapur kepada pasukan anda, anda perlu percayakan mereka. Ini bermakna anda harus meletakkan orang yang tepat di posisi yang betul. Pada masa yang sama anda perlu berikan apa yang mereka perlu untuk menjalankan tugas dengan baik dan buat perubahan bila perlu.
Ternyata bekerja dengan kebolehan pasukan and diri anda sendiri adalah amat penting dalam memastikan kejayaan di dalam tangan. Samada anda menguruskan dapur bersama sepasukan krew ataupun bekerja seorang diri, pengajaran penting ini adalah tips yang amat berharga dan perlu diingati oleh setiap orang yang terlibat dalam perniagaan.
Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian