Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Dapatkan inspirasi kulinari daripada kegemaran klasik di seluruh dunia.
Dari porterhouse hinggalah ke ribeye, stik merupakan hidangan penting di dalam sajian Barat. Memilih sos mungkin agak rumit, tetapi pilihan yang tepat pastinya menambah kehebatan protein tersebut dengan menyemarakkan rasanya yang mewah dan menambah lagi nikmat hidangan tersebut.
Kombinasi mengujakan daripada gabungan cilantro, parsli dan oregano merupakan tiga komponen utama di dalam sos chimichurri. Diiktiraf sebagai hidangan penting di dalam sajian Latin Amerika, ianya dihidangkan dengan sedikit garam, cuka dan bawang putih. Rasanya yang masam dan menyegarkan, menjadikan ia kondimen yang ideal untuk menyemarakkan rasa stik segar.
Salah satu pilihan popular yang dihidangkan bersama stik adalah sos peppercorn tradisional, yang dibuat dengan menggunakan pati daging, peppercorn dan double cream. Sos ini dimasak dengan menggunakan teknik memasak sehingga pekat untuk menghasilkan krim yang lazat.
Diiktiraf sebagai lima sos utama di dalam sajian klasik Perancis, sos ini mempunyai pelbagai variasi mengikut asasnya yang mudah, antaranya ialah Sos Africaine, Bigarade dan Bourguignonne. Resipinya ialah kombinasi brown roux, mirepoix dan pes tomato yang dimasak sehingga menjadi sos pekat untuk menghasilkan kodiman yang lazat dan mewah.
Pilihlah sesuatu yang tradisional seperti gabungan herba dan mentega – kegemaran lama ini adalah pilihan ideal bagi mereka yang tidak ada banyak masa. Kisar semua bahan – mentega, bawang putih, daun selasih dan parsli bersama garam secukup rasa. Dah siap! Ini merupakan perasa yang senang disediakan dan baunya juga harum memikat. Yang hebat tentang mentega herba ini adalah ianya mudah juga ditokok tambah mengikut kesukaan anda, jadi anda juga boleh menambah herba dan rempah ratus yang anda mahu.
Biji sawi mungkin tidak kelihatan seperti perasa tetapi rasanya yang kuat memberikan rasa yang hebat pada stik. Ia juga menjadikan sos ini alternatif yang hebat untuk sos béarnaise. Bahan-bahannya adalah gabungan biji sawi Dijon dengan bawang merah, mentega dan cuka balsam untuk menghasilkan gabungan berkrim yang sungguh menggoda, yang pastinya sangat sesuai digandingkan dengan daging stik anda. Krim juga boleh ditambah sebagai bahan pilihan untuk mendapatkan rasa yang konsisten.
Gabungan yang biasa dibuat terdiri daripada cendawan, mentega, krim, lada hitam dan garam ini pastinya mengagumkan mana-mana pakar stik. Rebuskan sahaja semua bahan dan masak sehingga warnanya bertukar coklat keemasan. Sos savouri ini pekat dengan cendawan umami dan asas mentega yang mewah, serta sesuai juga diganding bersama dengan kentang bakar.
Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.