Jadi anda ingatkan anda tahu bagaimana menghasilkan sos?
Terdapat pelbagai jenis sos hinggakan tidak terkira yang anda boleh hasilkan dan mencipta sendiri
Kami tidak akan membohong. Menghasilkan sos adalah suatu proses yang panjang dan agak membosankan; ia perlulah kaya berperisa dan pekat namun tidak boleh terlalu kuat, dan pada masa yang sama perlu memastikan kepekatan dan suhu diimbangi dengan konsisten. Kalau tidak, ia akan terhasil dengan kurang baik dan seharusnya dibuang terus. Namun demikian, nikmat menghasilkan sos juga terletak pada prosesnya. Terdapat terlampau banyak sos yang anda boleh hasilkan dan cipta sendiri. Anda hanya perlukan imaginasi.
Di sini tersenarai apa yang berlaku di sepanjang proses penghasilan sos, dan bagaimana untuk mencipta yang baru dengan menambahkan perisa yang berlainan.
Cecair
Komponen utama sos adalah asas cecairnya. Ini selalunya adalah sejenis stok, produk tenusu (susu, krim atau mentega) atau tomato yang telah dilenyek hingga berbentuk cecair.
Agen Pemekat
Agen pemekat akan menolong meningkatkan kelikatan cecair tanpa mengubah profil rasa utamanya dengan terlampau banyak. Terdapat pelbagai jenis agen pemekat seperti roux (mentega jernihan dan tepung), kanji dan agen penghubung. Jenis kanji seperti tepung jagung dan tepung garut adalah contoh yang selalu digunakan, manakala agen penghubung terdiri daripada campuran kuning telur dan krim yang akan memekatkan sos yang akan memberikan rasa dalam mulut yang lebih kaya.
Perisa dan perasa
Kombinasi cecair dan agen pemekatnya akan menghasilkan sos yang lazat. Bila anda sudah mencapai tahap ini, sudah tiba masanya untuk anda menambahkan perisa. Tambahan herba, rempah, esen dan arak akan menghasilkan sos-sos sampingan dan di sinilah anda boleh tonjolkan kreativiti anda.
Evolusi Sos: Dari Ibu Ke Anak
Di bawah adalah beberapa contoh bagaimana anda boleh mengubah sos-sos dengan menambahkan pelbagai profil rasa ke sos utama
Sos Bechamel
Sos berkeju (tambahkan keju cheddar, serbuk biji sawi, sos Worcestershire dan perisakan dengan serbuk cayenne)
Sos Espangole atau Sos Perang
Sos Cendawan (tambahkan hirisan cendawan segar, bawang merah cincang, jus lemon dan mentega)
Sos Veloute
Sos Wain Putih Berherba (tambahkan wain putih, krim, mentega, herba segar, jus lemon dan perisakan)
Sos Hollandaise
Sos Bearnaise (tambahkan herba taragon yang dicincang halus, cuka wain, jus lemon dan serbuk cayenne)
Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian