Meneroka Sajian Sepanyol: Apa Yang Menjadikan Ianya Sajian Asas Antarabangsa
Pelajari asas sajian Sepanyol yang baik.
Sajian Tradisional Sepanyol biasanya dikenali sebagai sajian yang sederhana, lazimnya terdiri daripada hasil tanaman dan ternakan dari kawasan setempat. Ianya sangat mewah dan kaya dengan perisa, serta menawarkan pelbagai rangkaian hebat yang berpunca daripada perbezaan faktor geologinya.
Cuaca panas ternyata sangat bermanfaat untuk pertumbuhan buah zaitun sepanjang tahun – kerana itulah, tidak mengejutkan yang minyak zaitun dan juga bawang putih menjadi antara bahan masakan untuk sajian Sepanyol. Kemudahan bahan tempatan dari laut juga menjadikan ikan dan kerang-kerangan sebagai bahan yang sering digunakan untuk sajian mereka. Daging awet mereka merupakan salah satu pilihan popular untuk dihidangkan dengan apapun sajian. Orang Sepanyol sangat suka memasak dengan kaedah stu, walaupun mereka juga menggunakan pelbagai kaedah masakan lain seperti panggang, goreng dan saute.
Tapas adalah sajian kecil yang berupa snek atau pembuka selera. Terdapat pelbagai jenis tapas di Spain, antaranya tortilla (pincho de tortilla), telur goreng (huevos estrellados) dan ikan bersalut serdak roti (Pescaíto frito).
Tidak seperti sajian Barat yang lain, sajian Sepanyol yang paling penting dan besar adalah makanan tengahari. Biasanya ia terdiri daripada beberapa sajian, sajian pertama adalah pembuka selera (entrantes), biasanya di dalam bentuk salad, sup atau snek. Adalah biasa juga untuk mempunyai beberapa pilihan di meja makan. Pilihan popular adalah termasuk Gazpacho (sup sayur sejuk), Zarangollo (salad telur hancur) dan Escalivada (sayur panggang).
Sajian utama (primero) seperti Paella de Marisco (Paela Makanan Laut), Estofado de Pollo (Stu Ayam Sepanyol) dan Urta a la Roteña (Ikan Jenahak a la Roteña) merupakan sajian yang sering disajikan. Untuk pencuci mulut atau postre, puding karamel (kastard dengan sos karamel) dan Chocolate Churros menjadi kegemaran ramai sebagai sajian manis yang sempurna untuk mengakhiri semua sajian.
Kembali kepada KNORR WORLD CUISINES
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian