Sajian Amerika adalah satu sajian yang sukar untuk ditafsir memandangkan ia diperkenal dan dipengaruhi oleh pendatang yang datang ke Amerika pada tahun-tahun terdahulu. Dari Timur Utrara hingga ke Atlantik Tengah, Selatan hingga ke Barat Selatan, gabungan esentrik makanan eksotik yang membentuk Amerika hari ini adalah pelbagai dan unik – daripada stik, sandwic dan burger.
Ini merupakan gabungan yang sangat unik, terutamanya apabila ia diperbuat daripada pelbagai bahan – ayam, gandum, jagung dan roti. Komponen ini merupakan kunci kepada apa sahaja sajian Amerika. Yang paling klasik adalah piza, burger, hot dog dan pot pie. Bagaimanapun, untuk memberi takrifan kepada sajian mengikut asalnya adalah satu perkara yang sungguh berbeza.