Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Pikat tetamu anda dengan hidangan pencuci mulut yang menyeramkan dan lazat.
Hidangkan sandwic sebagai makanan jejari dengan konsep jejari! Gulung roti dan letakkan isi di dalamnya mengikut pilihan anda. Kelar dengan pisau untuk membentuk sedikit lekukan agar ianya berbentuk seperti jari manusia. Letakkan kacang badam dengan sedikit krim keju untuk memberi kilatan seperti kuku manusia pada hujung roti. Anda juga boleh mencurahkan sedikit sos kranberi atau jam strawberi bagi meningkatkan lagi tema seram ini.
Manis dan menakutkan pada masa yang sama, brownies hantu ini pastinya menjadi kegemaran kanak-kanak. Ianya sangat mudah dihias. Anda cuma perlu meletakkan seketul marsymalo di atas brownie dan mencurahkan lapisan coklat putih di atasnya.
Isikan gelas kecil dengan puding coklat yang telah dihancurkan dan taburkan lapisan atas dengan biskut yang dihancurkan bagi membentuk imej tanah. Sediakan coklat gelap cair secara berasingan dan hiaskan dengan biskut beras untuk membentuk imej batu nisan dengan tulisan aising bertulis “RIP”.
Kek cawan labu kekal sebagai kegemaran klasik kerana masa penyediaannya singkat dan mudah disediakan. Letakkan sahaja lapisan aising berwarna oren di atas kek cawan dan kelar sedikit lekukan agar ia kelihatan seperti buah labu. Terakhir, letakkan pretzel sebagai ranting di tengah kek dan nikmatinya!
Ubah donut biasa kepada hidangan yang menakutkan dengan sedikit imaginasi. Apa yang anda perlukan adalah donut bersalut gula, jeli dan M&M. Buatkan garisan jeli bagi membentuk darah menerusi beg plastik berbentuk kon dan letakkan M&M di tengah-tengahnya bagi membentuk imej anak mata.
Kembali kepada Perayaan & Majlis
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.