Menjadi Tuan Rumah untuk Rumah Terbuka yang Hebat
Tambat hati tetamu anda dengan tip penting ini.
Zaman kini, menjadi tuan rumah untuk rumah terbuka korporat bukan lagi menjadi tugasan yang membebankan. Ada syarikat yang mengadakan rumah terbuka mereka di lokasi syarikat mereka sendiri, ramai juga yang lebih suka mengadakannya di hotel-hotel ternama kerana sukakan kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel. Biasanya rumah terbuka diadakan sepanjang sebulan selepas Hari Raya pertama. Faktor yang sering menjadi tumpuan di rumah terbuka pula tentulah makanan!
Hidangan Bufet
Sajian tradisional telah terbukti menjadi sangat popular di kalangan para tetamu – bermula daripada sajian Melayu klasik hinggalah kepada pilihan sajian jalanan yang penuh keistimewaan. Pihak hotel tak pernah silap di dalam menyajikan hidangan istimewa kegemaran ramai ini. Nikmati rendang, kari, soto dan pelbagai lagi hidangan lain. Imbaslah nostalgia anda ketika menikmati kelazatannya. Terakhir, nikmatilah minuman kordial dan minuman ringan lazat yang menghilangkan dahaga anda.
Menyediakan bufet merupakan tugasan yang berat, jadi untuk mengurangkan bebanan merancang pada kedua-dua pihak pelanggan, pihak hotel menawarkan pelbagai pilihan set menu dan pakej. Tidak dinafikan ini adalah lebih mudah berbanding pelanggan memilih sendiri sajian satu demi satu, sekaligus ianya turut membantu dapur anda memaksimumkan penggunaan bahan memasak. Mengenengahkan manfaat pakej dengan menawarkan sedikit diskaun atau rebat tunai pastinya akan menggalakkan pelanggan memilih pakej tersebut.
Dekorasi
Bila ianya berkaitan dengan dekorasi perayaan, paparan mengikut tema lazimnya menjadi kegemaran di kalangan para tetamu. Kebanyakan pilihan popular berkisar tema tradisi seperti rumah kampung, kejuruteraan Arab dan fabrik batik mewah untuk hiasan latar belakang pentas.
Terdapat juga pilihan untuk mendekorasi bahagian hidangan bufet mengikut bahagiannya tersendiri. Dengan cara ini, setiap bahagian hidangan dihias tersendiri untuk menambah keeksklusifannya. Terdapat juga meja bufet biasa yang memanjang, gaya meja hidangan begini menggalakkan tetamu saling bertegur sapa.
Hiburan
Peralatan AV dan hiburan sering kali disertakan di dalam pakej bufet. Perkhidmatan tambahan seperti pengacara untuk mengacarakan persembahan secara langsung turut ditawarkan dengan kadar tambahan.
Peralatan AV dan hiburan sering kali disertakan di dalam pakej bufet. Perkhidmatan tambahan seperti pengacara untuk mengacarakan persembahan secara langsung turut ditawarkan dengan kadar tambahan.
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Rencana berkaitan
Ganjaran Menanti
- Peluang untuk mendapatkan sampel percume
- Resipi – resipi terbaru dan eksklusif dari Chef
- Perkongsian Inspirasi, tren dan tips menarik
- Diskaun untuk pembelian secara atas talian