Anda mahu kemaskini jenis perniagaan anda?
Profil anda telah berjaya dikemaskini
TeruskanKandungan anda sedang diadaptasikan kepada jenis perniagaan anda
Idea minuman inovatif ini pastinya menjadi kegemaran ramai di sepanjang musim cuti!
Pada musim percutian ini, nikmati perayaan dengan tawaran minuman berinspirasikan Malaysia. Berikan kejutan yang menyeronokkan untuk tetamu anda.
Semarakkan minuman budaya Malaysia! Ubah STL English Breakfast Tea kepada Teh Chai Tarik dengan beberapa tambahan mudah – satu cedok pati Monin Chai Tea, susu pekat manis dan susu cair. Gabungkan semua bahan-bahan ini di dalam jag dan tarik sehingga berbuih!
Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia, tak hairanlah jika ia menjadi aliran semula jadi untuk mengabadikannya di dalam minuman yang menyegarkan. Gabungkan sirap Monin Hibiscus, STL English Breakfast Tea serta beberapa kepingan oren, limau, epal hijau dan strawberi serta campurnya dengan sempurna. Masukkan beberapa ketul ais untuk sentuhan terakhir. Warna merah yang meriah ini merupakan warna yang cukup cantik untuk menyempurnakan musim percutian.
Teh hijau terbukti mempunyai ciri-ciri terapeutik. Dengan bahan-bahan yang mudah seperti Monin Asia Lemongrass Syrup, limau kasturi dan tentunya, sepaket STL Green Tea dengan Teh Jasmine, minuman ini membantu merehatkan ketika dalam percutian. Campurkan semua bahan ini dan hiaskan dengan serai.
Tiada yang lebih menyegarkan daripada semarak rasa tropika bagi meraikan ketibaan musim cuti. Gabungkan Monin Pineapple fruit mix, STL Earl Grey Tea, hirisan lemon dan asam boi ke dalam penggoncang, tambah ais dan goncang agar bergabung semuanya.
Gabungan rasa manis dan masam menjadikan ianya minuman yang sungguh lazat. Inilah Laici Limau Purut. Untuk membuatnya, anda cuma perlukan Monin Lychee fuit mix, STL English Breakfast Tea, hirisan lemon dan beberapa helai daun limau purut. Tambahkan ais, goncang di dalam bekas penggoncang dan nikmatinya! Masukkan laici dan daun limau purut sebagai hiasan tambahan agar lebih menarik. Laici Limau Purut – minuman unggul untuk memeriahkan lagi percutian anda!
Kembali kepada Sambutan Besar-Besaran
Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama. Sentuh ikon perkongsian di bawah dan pilih untuk meletakkannya pada laman utama.